[Ucapan] Alain Badiou: 25 Poin Penting Politik Pasca-Trump

Kredit gambar : Scholarandrogues.com
Terjemahan oleh : Megat Hanis

Estimated reading time: 6 minutes, 2 seconds. Contains 1208 words

Pada 9 November, Donald Trump dipilih menjadi Presiden US ke-45. Alain Badiou memberi pandangan dalam sebuah ucapan di Universiti California, Los Angeles, yang biayai oleh Program Experimenal Critical Theory and The Centre for European and Russian Studies. Purana memilih untuk menyediakan ucapan ini dalam bentuk poin-poin penting, berbanding menterjemah keseluruhan ucapan supaya lebih mudah difahami. Jika anda mempunyai semangat yang jitu untuk menghabiskan seluruh ucapan dalam Bahasa Inggeris, boleh rujuk disini : http://www.versobooks.com/blogs/2940-alain-badiou-reflections-on-the-recent-election

1) Selama lebih 40 tahun, sejarah dunia hari ini adalah sejarah kemenangan kapitalisme global.

2) Ini kerana kegagalan negara sosialis seperti Russia dan China dan juga kegagalan visi ekonomi kolektif dan undang-undang sosial bagi negara-negara.

3) Ada 2 halatuju takdir manusia :

a)Jalan liberalism, yakni liberalism klasik, yakni, secara asasnya pemilikan peribadi adalah kunci kepada organisasi sosial, yang kesannya ialah jurang ekonomi yang tersangat besar.

b) Jalan Sosialis, atau Komunis- yakni penghapusan jurang ekonomi walaupun perlu dibayar dengan revolusi yang ganas.

4) Maka wujud perlawanan idea antara kesaksamaan (equality) dan Ketidaksaman (inequality). Dan secara klasiknya, perlawanan antara liberalism dan sebuah idea baru dengan pelbagai nama seperti anarki, komunism, sosialism.

5) Mendekati hampir 2 abad, kita punyai sesuatu yang disebut sebagai “pilihan strategik” dalam membuat apa-apa keputusan; perang, tanggungjawab negara dan sebagainya yang membentuk takdir sejarah kemanusiaan. Kini, pilihan itu semakin hilang dan seolah tidak relevan.

6) Apa yang tinggal ialah satu idea dominan bahawa tiada lagi pilihan global yang boleh dibuat. Seperti kata Thatcher, tiada solusi lain lagi, melainkan liberalism atau kini kita sebut sebagai neoliberalism. Dan beliau juga tak mengatakan ini solusi yang bagus. Semua orang tahu itu. Beliau cuma mengatakan “kita tiada pilihan yang lain”.

7) Dalam erti kata lain, poin nya bukan untuk mengatakan bahawa kapitalisme global itu bagus dan terbaik, kerana semua orang tahu, tak mungkin ketidaksamaan(inequality) yang besar itu solusi untuk takdir sejarah bagi manusia. Akan tetapi poin dia ialah “Okay, it`s not so good, but it`s the only real possiblity”.

8) Maka propaganda terbesar dewasa ini ialah satu idea yang dipaksakan keatas manuasia bahwa hanya ada satu jalan bagi sejarah manusia. Satu-satunya jalan yang bukan sempurna, tetapi satu jalan yang mengatakan, tiada lagi jalan yang lain.

9) Jadi dalam visi liberal primitif ini, subjek yang digelar manusia itu didefinisikan sama ada dia peminta sedekah, pengguna (consumer) atau pemilik (owner), atau lansung tiada apa-apa.

10) Malah, negara-negara juga mesti menerima idea ini. Sebab itu kita ada dengar, kerajaan “sosialis” Peranchis, atau kerajaan diktator parti Komunis di China, atau kerajaan US, atau Jepun mahupun India, semua bercakap benda yang sama yakni, kapitalisme global ialah halatuju unik bagi kewujudan manusia.

11) Tidak benar jika kita mengatakan kerajaan itu bebas. Mereka tidak bebas. Mereka terperangkap dalam raksasa ketetapan global.

12) Fenomena pengumpulan kapital/harta/aset hari ini sangat mengerikan. 264 orang memiliki kekayaan menyamai 3 billion manusia di dunia ini. Ia lebih dari yang monarki mampu lakukan. Maka ini bukan memberi lebih banyak kebebasan, akan tetapi lebih banyak ketidaksamaan.

13) Yang wujud dalam politik adalah kesatuan oligarki politik dan kelas politik. Republican dan Demokrat, Sosialis dan Liberal, Kiri dan Kanan, semuanya bukanlah perbezaan sebenar. Ia nya tidak real dan hanya wujud sebagai abstrak, kerana semuanya berlatarbelakangkan landasan ekonomi dan politik yang sama. Mereka semua telah hilang kawalan terhadap mesin kapitalis.

14) Maka yang wujud dalam dunia hari ini hanyalah perbezaan-perbezaan kecil yang dibuat secara global oleh semua orang di dunia. Kesannya, rakyat hilang arah tuju. Tiada orientasi hidup dan meraba-raba dalam ilusi sesuatu yang baru, visi yang tak rasionl dan usaha kembali ke tradisi lampau yg telah mati.

15) Maka muncullah, aktivis-aktivis baru, dari kalangan rakyat, untuk menyokong sebuah figura lucah, ganas yang berperangai seperti gangster dan mafia berbanding menyokong ahli politik yang terpelajar. Maka pilihan kita adalah terhadap satu bentuk baru “kelucahan politik” yang secara subjektifnya “ganas” seperti Trump.

16) Dan Trump, walau dikatakan seperti diktator, tapi tiada musuh komunis yang kuat seperti era 1930-an. Kediktatoran Trump boleh dianggap sebagai Fasis Demokrat. Yakni, beliau seorang fascist yang wujud dalam apparatus demokrasi.

17) Trump dalam wacananya tidak menggunakan bahasa yang rasional. Bahasa yang digunakan adalah mewujudkan kesatuan yang palsu, melalui penyatuan perasaan(afek) yang palsu tapi praktikal. Ini seperti juga Berlusconi, Orban di Hungary, berlaku juga di India, Filipina, Poland malah di Turki. Hitler juga begitu.

18) Jadi, saya namakan Fasis adalah figura yang bermain dalam ruang lingkup demokrasi, akan tetapi juga sebagai orang luar. Orang dalam demokrasi yang juga orang yg bertindak luar demokrasi. “Both inside and outside”.

19) Malah orang seperti Trump bukanlah baru. Dan idea yang dibawa bukan baru. Ianya suatu kelucahan politik yang lama dan usang yang dibawa kembali dalam konteks kontemporari dan tampak baru. Ia satu “return to the old existence of something can appear as something new”

20) Maka, bagi saya kita mempunyai 4 keadaan dialektik yang fatal :

a) Pengembalian (the return to) semula kapitalisme mutlak yang brutal dan keganasan yang buta, yakni perlawanan dan penguasaan “of everybody against everybody”.

b) Peleraian (decomposition) oligarki politik yang klasik kearah satu fasisme bentuk baru yang masa depannya tidak menentu. Trump juga tidak tahu apa masa hadapanya.

c) Kemarahan rakyat, dari majoriti populasi, para petani, pekerja yang kehilangan kerja, orang miskin yang direndahkan sehingga kehilangan segalanya. Dan yang paling penting ialah kehilangan stabiliti, kemusnahan dunia mereka dan kehilangan orientasi dan hala tuju. Satu kemusnahan yang nihil.

d) Kekurangan jalan yang strategik. Kehilangan keyakinan terhadap adanya sebuah Idea, Idea yang besar. Satu Idea yang membawa kemungkinan penyatuan, penyatuan global dan stragik dari semua bentuk penentangan. Idea ini adalah jambatan yang mehubungkan individu/subjek terhadap tanggungjawab dan tugas politik secara kolektif.

21) Kemenangan Trump adalah berpunca dari kontradiksi yang palsu. Kontradiksi antara Trump dan Hilary adalah kontradiksi yang palsu. Walaupunn ia adalah kontradiksi antara Sang Fasis dan Oligarki Politik yang lama, ia masih bertapak pada dunia yang sama. Kontradiksi yang sebenar adalah antara Trump dan Bernie Sanders.

22) Jadi kita mesti kembali kepada kontradiksi sebenar, supaya pilihan strategik yang sebenar dapat diwujudkan. Kita mesti membentuk semula sebuah idea yang boleh melawan raksasa ketidaksamaan dan gangster politik klasik dalam bentuk yang baru seperti Trump. Yakni :

“dia­lect­ic­al return to the real Two bey­ond the One, and we can pro­pose some names for that sort of return”.

23) Kita mungkin tak suka dengan perkataan Komunism,kerana ia telah tercemar. Tetapi nama apa pun tidak mengapa, yang pasti orientasi strategik kita yang baru mestilah mempunyai 4 prinsip

a) Pemilikan peribadi dan raksasa ketidaksamaan bukanlah kunci kepada organisasi sosial.Ia bukan satu keperluan.

b) Pengkhususan buruh bukanlah aturan yang abadi. Perbezaan antara tugas intelektual dan tugas manual mestilah dihentikan.

c) Bukan satu kewajipan bagi manusia untuk dipisahkan kerana bangsa, warna kulit, agama dan seksual. Kita mesti menolak bahawa, atas nama perbezaan, kesaksamaan itu mustahil. Penolakan kepada “Yang Lain” dalam bentuk apa pun mestilah dihapuskan. Ia bukan aturan alam.

d) Kewujudan negara sebagai sebuah bentuk yang terpisah dan berperisai bukanlah satu keperluan.

24) Maka kesemua poin ini boleh dirumus sebagai : Kolektivisme melawan pemilikan peribadi, kepelbagaian pekerja melawan pengkhususan, kesejagatan yang konkrit melawan identiti tertutup dan kesatuan yang bebas melawan negara. Dan ia hanyalah sebagai prinsip, bukan satu program. Akan tetapi semua program-program politik mestilah didasari atas prinsip ini.

25) Sebarang program dan keputusan-keputusan politk yang bercanggah dengan 4 prinsip ini mestilah dianggap sebagai program yang buruk dan tidak bagus. Maka visi baru kemanusiaan manusia bergantung kepada 4 prinsip ini. Bernie Sanders mencadangkan satu group politik baru bertajuk “Our Revolution”.

Setakat ini, kita perlu percaya pada beliau, kerana jika tidak berbuat apa-apa, kita akan tenggelam dalam kebodohan yang terpesona dengan “kejayaan” Trump. “Our Revolution” melawan “Their Reaction”. Mengapa tidak?

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s