Epistemologi Sifat Cinta Gagalisme

Kredit gambar : Hans Johann Wilhelm Olde, 1889
Oleh : Shukri Mokhtar

Estimated reading time: 8 minutes, 46 seconds. Contains 1755 words

Pernah atau tidak kita mengetahui bahawasanya kebanyakan ahli sarjana dan ahli falsafah gagal dan cinta mereka ditolak?

Demikianlah ahli-ahli falsafah seperti Muhiyideen Ibn Arabi, Friedrich Nietzsche, Khalil Gibran hatta Buya Hamka sekali semuanya pernah gagal dalam percintaan mereka, semuanya “gagalist”. Paling sedih adalah Buya Hamka kerana cintanya ditolak sebanyak dua tiga kali dan begitu juga Nietzsche apabila beliau bertemu dengan seorang gadis bernama Lou Salome, terus Nietzsche membuat pengakuan cinta kepada gadis itu hari berikutnya.

Agak pelik dan ganjil bertemu hari pertama dan terus membuat pengakuan cinta hari berikutnya, mana mungkin diterima cintanya lainlah jika kita kacak seperti Brad Pitt atau Justin Timberlake. Oleh itu kita perlu ada sifat sedar diri apabila bercinta.

Namun begitu disebabkan kegagalan mereka inilah hasilnya karya-karya yang begitu hebat sekali. Karya seperti Dibawah lindungan kaabah, Tenggelamnya kapal Van Der Wijick, Tarjuman al Asywaq (Tafsir Kerinduan), Fusus al Hikam dan banyak lagi.

Perkataan filsuf dalam bahasa arabnya adalah ahlul kalam, iaitu perkataaan “kalam” (كلم) maksudnya kata-kata dan fi’il (kata kerja) kepada kalam adalah “takalam” (تكلم) iaitu bercakap. Dalam erti lain ahlul kalam atau ahli filsuf ini adalah orang sedang bercakap.

Apa perbezanya apabila seorang ahli falsafah dan seorang insan biasa apabila mereka bercinta? Menurut Ust Wan Ji apabila beliau membuat kupasan tentang pandangan Murtadha Muthahhari terhadap konsep Irfan, tetapi beliau mengklasifakasikan manusia biasa itu sebagai si sufi.

Terdapat dua kalangan manusia diletakkan di satu bilik. Kedua-duanya dihijabkan dengan sehelai kain penghadang. Di sebelah kanannya, adalah seorang pelukis, sedangkan disebelah kirinya adalah seorang yang sedang mencuci cermin.  Apabila dibuka hijab penghadang tadi, di pihak pelukis mempamerkan lukisannya yang indah, sedangkan dipihak pencuci cermin mempamerkan cermin yang dicucinya. Maka kelihatan lukisan yang cantik pada pihak pelukis, sedangkan dipihak pencuci cermin, kelihatan gambar lukisan yang dilukis oleh pelukis tadi.

Di pihak pelukis mendakwa bahawa dia yang paling baik kerana dia yang menghasilkan lukisan, sedangkan di pihak pencuci cermin mendakwa bahawa dia yang paling baik kerana tindakan melukis itu membuang masa, sebaliknya memadai dengan mencuci cermin dengan sebaiknya sudah mencapai keindahan lukisan. Menurut Mutahhari, si pelukis itu diumpamakan sebagai ahli falsafah sedangkan si pencuci cermin diumpamakan sebagai ahli sufi.”

Cinta itu adalah mencintai jika tidak mencintai maka tidak cinta. Contohnya, saya mencintai seorang perempuan, dan cinta yang diberi, ditolak oleh perempuan tersebut kerana hatinya sudah dimiliki oleh orang lain maka percintaan itu tidak terjadi. Akan tetapi, jika cinta yang diberi itu diterima oleh seseorang perempuan yang dicintai maka percintaan itu terjadi.

Dalam metafizik cinta, bayangkan sifat cinta ini bagaikan satu barang, apabila si lelaki memberi barang(cintanya) ini kepada si perempuan, si perempuan pula membalas balik barang(cinta) si lelaki dengan barang(cinta) yang sama, yang diberi oleh barang(cinta) si lelaki. Terciptalah satu bulatan dan pusingan cinta yang satu dan sama.

Dari sudut bahasa arab pula, perkataan cinta iaitu marhaba (مرحبا) berasal daripada perkataan habba (حب) iaitu benih. Disini kita dapat lihat bahawa cinta itu bertumbuh bagaikan daripada benih kepada sesuatu tumbuhan yang besar. Justeru, lagi besar hati jantung seseorang itu, lagi besar lah kapasiti cinta, lagi kecil hati jantung seseorang itu, lagi kecil kapasiti cinta itu.

Para sarjana menyatakan sifat cinta itu boleh timbul kerana tiga perkara.

  1. Cinta fizikal iaitu jamalul zahir, seseorang insan akan sentiasa ada satu perasaan cinta/suka dan tertarik kepada perkara-perkara yang cantik. Misalnya, kita kini hidup dalam era modernisme di mana manusia berpusu-pusu membina struktur bangunan yang megah, Mengapa? Innallah jamilu wa yuhibuk jamal ,Sesungguh Dialah meletakkan sifat cinta terhadap kecantikan kepada hati manusia. Oleh sebab itu, manusia itu mudah tertarik kepada benda-benda yang cantik.
  2. Cinta Batini iaitu cinta yang lahir disebabkan nilai-murni dalam erti lain akhlak. Confucious dalam The Analect menyebut bahawa “When you see a good person, think of becoming like her/him. When you see someone not so good, reflect on your own weak points.” Ertinya sifat-sifat mahmudah(terpuji) mampu untuk memberi inspirasi dan menyebabkan tercetusnya perasaan cinta.
  3. Cinta ihsan. Karya Prof Dr Hamka, Tenggelamnya Kapal Van Wijick mengisahkan cinta tidak kesampaian seorang pemuda kampung miskin yang tidak punya saudara bernama Zainuddin terhadap seorang gadis daripada keluarga ternama bernama Hayati. Babak yang paling menarik sekali adalah ketika Zainuddin mengorbankan dirinya dikena hujan kerana memberi payungnya kepada Hayati lantas Hayati pun jatuh cinta dengan Zainuddin. Dalam bayangan ini, kita dapat lihat.cinta yang dilahirkan atas pengorbanan. Adakala manusia itu merasakan sifat cinta diatas pengorbanan orang lain terhadap diri kita. Sebagai contoh, pengorbanan seorang ibu terhadap anak, pengorbanan seorang suami terhadap isterinya dan pengorbanan seorang kekasih terhadap kekasihnya. Apa yang dapat disimpulkan disini ialah pengorbanan itu tindak balas tercetusnya sifat cinta.

Apabila bertemu ketiga-tiga jenis sifat cinta ini maka seorang itu sudah mencapai satu maqam yang tinggi dalam percintaan.

Jika diteliti benar falsafah secara metafizik, cinta itu bagaikan minyak wangi. Dalam syair arab Layla dan Majnun ketika Majnun atau nama sebenar beliau Qias. Pada ayat pertama syair, kata beliau,

Diwan Layla Majnun

Aku melewati dinding ini, dinding Layla,
Dan aku mencium tembok ini dan dinding ini,
Bukanlah cinta dari rumah-rumah yang telah mengambil hatiku.
Tapi Dia yang berdiam di rumah-rumah.

قصة مجنون ليلى

أمر على الديــــــار ديار ليـلى … أقبل ذا الـــــــجدار وذا الجـدارا
وما حب الديار شـــــغفن قلبي … ولكن حب من ســـــــكن الديارا

Bagaimana hal ini boleh terjadi? Bayangkan minyak wangi mengeluarkan baunya yang indah ia meninggalkan kesan wanginya. Keadaan yang sama berlaku pada sifat cinta, ketika seseorang itu mencintai seseorang itu, maka segala yang berkenaan dengan seseorang itu pun akan dicintai.

Misalnya jika seseorang itu makan ais krim di waktu pagi, sesuatu tindakan yang pelik bagi norma-norma sosial akan tetapi apabila datangnya sifat cinta, keadaan yang dilihat sebagai pelik menjadi sesuatu yang tidak lagi pelik kerana telah datang sifat cinta.

Begitu juga apabila sesorang itu pergi ke kedai tiba-tiba melihat ais krim yang pernah dimakan oleh kekasihnya, pantas tindak balas memori ingatan kekasihnya terus berlaku. Minyak Wangi meninggalkan kesan wangian dan cinta meninggalkan kesan cinta.

Perbezaan pandangan cinta  Schopenhauer dan juga Nietzsche

Schopenhauer seorang ahli falsafah yang sangat terkenal berpendapat bahawa seseorang itu harus menolak “The Will”(Keinginan Alam) . Bagi beliau, jalan ke arah kebahagiaan dan produksi kelahiran itu dua perbezaan perkara yang sangat ketara, di mana manusia kerap using menganggapkan ia sebagai satu.

Kata beliau lagi, oleh sebab sifat biologi manusia yang kuat dan tidak ada pilihan lain bagi meneruskan keturunan maka tercetuslah sifat cinta ini.

Apabila seseorang itu berkahwin, kebahagiaan yang dicari(pursuit) itu akan hilang hasil daripada keinginan cinta yang ilusi, kerana cinta itu adalah hasil daripada Keinginan. Cinta sebenar bagi Schopenhauer, cinta itu dikalahkan dengan Keinginan, dengan memiliki Cinta Pendamping(Companiate Love). Cinta yang dalam memilih Pendamping, dan seseorang akan capai kebahagiaan yang tertinggi apabila dapat memilihinya.

Nietzsche pula berpandangan, teras keinginan manusia adalah untuk berkuasa. Beliau mendefinisikan keinginan ini sebagai “ubermensch” iaitu orang yang menuruti keinginan dengan cara yang kreatif.

Walaubagaimana pun Nietzsche masih skeptikal akan sifat cinta ini. Hal ini mungkin terjadi ketika cinta beliau ditolak oleh Lou Salome, dan hubungan beliau yang agak tegang dengan ibu dan adik perempuan beliau.

Nietzsche bersabda,

“What else is love but understanding and rejoicing that another lives, works, and feels in a different and opposite way to ourselves?  That love may be able to bridge over the contrasts by joys, we must not remove or deny those contrasts.  Even self-love presupposes an irreconcilable duality (or plurality) in one person.” – Love and Duality, Human, all too human.

Kata orang dahulu “Cinta itu bisa menjadikan pembuat roti menjadi filsuf”. Namun Karl Marx tidak, pandangan beliau sangat lah pudar dan tidak berwarna warni. Menurut beliau, cinta adalah berkenaan dengan objektif dunia. Mengikut permikiran Karl Marx, kondisi kepemilikan peribadi tidak terdapat cinta sehinggalah keadilan ekonomi, politik dan kesamarataan, akses-akses keperluan hidup dianggap lebih dekat dengan subtansi cinta.

“Please give greetings from me to my sweet, wonderful Jenny. I have read her letter twelve times already, and always discover new delights in it. It is in every respect, including that of style, the most beautiful letter I can imagine being written by a woman.” -Karl Marx’s Letter to his father, 10 November 1837

Pada tahun 2011, Azad Jafarian telah memaparkan satu dokumentari biografi bertajuk “Love and Politics”. Ia menceritakan tentang seorang wanita bernama Judith Malina, seorang artist, pengarah dan penulis yang berwarga amerika jerman. Apa yang menarik tentang dokumentari ini adalah perjuangan cinta seorang wanita yang beridealogikan anarkisme dan pasifisme terhadap sktruktur dan lanskap politik yang sedia ada. Kata beliau :

“ I know how bad can people be one and another that’s make me all more anxious not to be one of the violent ones but to stand firmly as a human being, as an artist, as a person, as a lover, on a side of changing violence into creative energy.

Walaupun Julia seorang revolusioner yang berpaksikan kepada anti-keganasan anarki dan pada hal yang sama beliau tidak memaksa orang lain untuk mengikut idealogi beliau. Namun ramai yang terpukau dengan perwatakan sifat lemah lembut beliau sehingga ada yang bertukar pendapat-pendapat mereka daripada negative kepada positif akan anarkisme.

Disini kita dapat belajar bahawasanya manusia mampu berkasih sayang sesama kita. Keadaan dunia yang rakus, tamak dan penting diri telah mengubah persepsi kita terhadap masyarakat yang sedia ada. Oleh demikian, Marilah, bersatu kita bersatu dengan setia berganding bahu demi demokrasi, keadilan kita pertahankan, dan intergriti kita menjunjung.

Definisi sebenar cinta?

Pangkal hujungnya, tidak ada sesiapa yang dapat memberikan definisi yang sebenar secara asli tentang cinta kerana cinta itu satu menisfestasi yng dirasakan dalam hati bukan pada definisi perkataan. Justeru lagu “Words” oleh Bee Gees, memberi satu gambaran yang jelas terhadap cinta, bukan pada perkataan akan tetapi pada kefahaman hati.

It’s only words, and words are all I have
To take your heart away

You think that I don’t even mean
A single word I say

Ada pula yang berpendapat bahawa kehidupan ini bagaikan bawang, kita perlu mengupaskannya satu persatu dan sambil itu kadang-kadang kita akan menangis.

Kegagalan dalam cinta sesuatu yang kita tidak mungkin seseorang itu lupa seumur hidup. Namun, ketika kita melalui saat getir itu kita tidak akan dapat memahami keadaan yang menimpa kita.

Dalam keadaan lebih tenang, kita akan melihat kehidupan ini dengan kanta yang lebih besar dan lebih bersedia dengan cabaran yang lebih besar menanti kita.

Jika gagal cuba lagi, kalau gagal cuba lagi dan konsisten dalam pencarian kerana ini adalah hidup anda. Jangan sekali-kali biarkan orang lain menilai usaha kita, kitalah penentu dan yang memberi nilai kepada diri sendiri.

Sabar, persisten dan sentiasa berfikiran positif !

Jika kita gagal, sentiasa ingat bahawa para sarjana semua itu gagal tetapi mereka tidak berhenti dengan kegagalan. Kini, dimana para sarjana memanggilnya sebagai kesedaran dekad iaitu satu jangka masa “kemungkinan” di mana kita sebagai satu komuniti mampu untuk mengubah “in folk minds” fikiran rakyat dalam mereka satu masyarakat yang lebih berperikemanusiaan dan berkasih sayang sesama kita.

Semua ini mampu dicapai dengan meletakkan tapak tangan diatas dada kerana kepercayaan bermula dengan hati bukan mata dan ia bermula juga dengan perkataan yang satu iaitu cinta. “My name is Shukri and I’m not a gagalist”.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s