Apa yang perlu anda tahu tentang Tony Benn dan demokrasi sosial (Bhg.1)

Kredit gambar : Huffington Post
Oleh : Shukri Mokhtar

Estimated reading time: 2 minutes, 54 seconds. Contains 581 words

Perbezaan konsep ideologi muncul dalam perdebatan berpandukan beberapa faktor seperti kesesuaian dasar politik, ekonomi dan sosial. Perbezaan ini muncul kerana terdapat pelbagai reaksi dan interpretasi terhadap keadaan tertentu dalam mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan masyarakat.

Malah,pendapat yang menyatakan hanya satu jalur ideologi yang benar adalah pendapat yang tidak cermat. Hatta, sejarah membuktikan bahawa pemikiran-pemikiran manusia sentiasa berkembang dan berbeza-beza daripada sudut pandangan yang berlainan. 

Sosialisme

Kritikan terhadap kapitalisme memang tidak dapat dipisahkan daripada idea sosialisme. Terma sosialisme itu sendiri tidak mempunyai definisi yang mutlak.

Setiap ideologi parti politik mempunyai interpretasi tersendiri dengan apa yang didefinisikan sebagai sosialisme.

Sosialisme tercetus pada tahun yang sama di mana keadaan sosio-ekonomi seperti Gerakan Buruh pada abad 19 yang juga merupakan sebab munculnya pemikir-pemikir seperti Karl Marx (1818-1883) dan Friedrich Engel (1820-1895).

Harapan mereka ialah akan wujudnya kesamarataan dalam kalangan kelas sosial masyarakat yang berbeza dan perpaduan di antara gerakan buruh dan filsuf-filsuf.[1]Walaubagaimanapun, gerakan memperjuangkan hak kesamarataan dalam masyarakat kemudiannya berpecah kepada beberapa gerakan yang berbeza.

Bagi komunis, sosialisme merupakan jalan tengah yang ideal antara masyarakat yang kapitalistik dan masyarakat yang mengamalkan komunisme sebenar.

Pada abad ke-20, zaman kegemilangan komunisme di negara-negara Eropah timur, perkataan sosialisme, negara sosialisme dan juga komunisme adalah istilah yang tidak asing lagi digunakan bagi merujuk perkara tersebut.

Oleh sebab itu, sosialisme lebih disinonimkan dengan bekas negara-negara Eropah timur.

Bagi Michael A. Lebowitz,

  • Masyarakat sosialis yang digagaskan oleh Marx adalah masyarakat yang percaya perkembangan segenap kekuatan dan potensi manusia sebagai tujuan k diri.
  • Setiap individu akan melakukan aktiviti pengeluaran atas dasar kesedaran bahawa setiap individu dalam sesebuah masyarakat adalah saling memerlukan.
  • Keadaan ini akan direalisasikan apabila kesedaran adalah tunjang kepada tindakan individu tersebut.

Sejarah Sosialisme di Britain

Sejarah telah membuktikan bahawa sosialisme lahir daripada Revolusi Peranchis 1789 (yang kemudiannya turut mencetuskan Revolusi Industri).

Hal ini menyebabkan wujud sokongan padu daripada kaum pekerja yang datang dari kelas rendah,reaksi terhadap penindasan yang pihak majikan kenakan keatas mereka Ketika Revolusi Perindustrian Britain, Britain terpaksa berdepan dengan kilang-kilang yang satanic.

Maka,muncul lah reformis-reformis seperti Robert Owen, Karl Marx, Friedrich Engels, Frederick Denison Maurice yang telah melahirkan dan menguatkan gerakan-gerakan sosialisme di UK.

Terinspirasi dengan karya agung ‘Marx’ Das Kapital,Henry Hyndman bertindak menubuhkan parti sosialis pertama (Social Democratic Federation) di Britain pada tahun 1881.Malangnya pada tahun 1884, satu mesyuarat Majlis Eksekutif SDF telah diadakan di mana Hyndman telah diserang untuk beberapa kesalahan iaitu: memfitnah seorang rakan di Edinburgh dengan memanggilnya “anarkis” tanpa sebab. 

Maka, berlakulah pertelingkahan di antara Hyndman dan lawannya William Morris, Belfort Bax, Eleanor Marx, and Edward Aveling. William Morris dan rakan-rakannya mengambil keputusan berundur dari pertelingkahan ini dan memilih untuk menubuhkan organisasi baru yang dinamakan Socialists League.

Demokrasi Sosial

Apa yang menjadi tunggak perjuangan demokrat-demokrat sosial pada hari ini adalah

  1. Memperjuangkan sebuah masyarakat yang wujud berasaskan kebebasan dan keadilan.
  2. Hak-hak fundamental seperti hak kemanusiaan, kebebasan bersuara, dan hak perkerjaan hendaklah dilaksanakan dasar-dasarnyasecara komited.
  3. Namun, keadaan hak-hak fundamental itu bergantung kepada factor sosial dan ekonomi seseorang itu.
  4.  Kepercayaan bahawa kemiskinan itu dalam bentuk kekurangan fizikal atau social tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat perindustrian.
  5. Disini, liberalisme mentermakan ia sebagai equal opportunity bererti peluang samarata,manakala ia berbeza dengan demokrasi sosial yang memanggilnya sebagai equitable opportunity.

Disini ,demokrasi sosial dan liberalisme pada awalnya berkongsi terma yang sama iaitu “equal opportunity”, namun, terma tersebut mengalami perubahan apabila berlakunya pakatan yang dipanggil ‘sosial-liberal gabungan’diantara Parti SDP Jerman denganParti FDP Jerman di era Brandt. [8]Sehingga ke hari ini (dan hal ini tidak terhad Cuma dalam kalangan Demokrat Sosial) dan ciri-ciri progresif politik, terutamanya dalam era Brandt itu.

Equal opportunity dari sudut pandang liberal adalah persamaan peluang harus diwujudkan oleh pasaran, ini berbeza dengan demokrasi sosial yang percaya bahawa equitable opportunity kesaksamaan harus diperolehd aripada kerajaan (state).


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s