Apa yang anda perlu tahu tentang Tony Benn dan demokrasi sosial (Bhg.2)

Kredit gambar : Huffington Post
Oleh : Shukri Mokhtar

Estimated reading time: 2 minutes, 23 seconds. Contains 479 words


Sejarah Demokrasi Sosial di Britain

Seruan tiga nilai teras iaitu kebebasan, keadilan(kesaksamaan), dan solidariti berasal daripada pemikiran humanistik arkaik manusia. Nilai ini tlah menajdi teras banyak agama-agama seperti Islam, Kristian, Buddha dan juga Hindu.

Oleh itu, dakwaan bahawa ideologi demokrasi social menyalahi kepercayaaan agama merupakan satu tuduhan yang tidak berasas kerana buktinya ideologi ini berasaskan sifat-sifat universal yang dikongsi oleh kesemua agama-agama dan sifat kemanusiaan itu sendiri.

Britain berjaya bertahan selepas Perang Dunia ii (1939-1945) meski kesannya negara itu tenat dari sudutekonomi. Walaupun Britain merupakan kuasa besar diantara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, faktor kejayaan Britain dalam perang adalah kerana sistem politik dan kerajaannya.

Walhasil daripada ini, tempoh beberapa tahun selepasnya Britain muncul sebagai negara model demokrasi sosial, yang menggabungkan perancangan dan kolektivisme dengan kebebasan awam.

Kerajaan Buruh UK 1945 bertanggungjawab keatas tercetusnya post-war consensus. Walaubagaimanapun, setelah diselidik apa yang didapati bahawa wujudnya pengaruh ahli-ahli ekonomi seperti William Beveridge dan John Maynard Keynes terhadap struktur ekonomi Britian ketika itu.

Tony Benn Tokoh Parti Buruh UK

“We are paying a heavy political price for 20 years in which, as a party, we have played down our criticism of capitalism and soft-peddled our advocacy of socialism”
– Speech to Labour Party conference, 1976.

Sejarah Hidup Sdra Tony Benn

Beliau dilahirkan di London pada 3 April 1925, anak kedua William Wedgwood Benn dan Margaret Benn. Membesar didalam keluarga yang terlibat dalam politik telah memberi impak yang besar keatasBenn .

Maka,Ben,seperti ayahnya dan kedua-dua datuknya pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di House of Commons. S

elepas berkhidmat dalam RAF semasa Perang Dunia II, Benn menamatkan pengajian di Oxford. Beliau menghabiskan musim cuti sebagai pengeluar BBC Radio dan kemudian menyertai politik sebagai Ahli Parlimen Buruh Bristol Tenggara pada tahun 1950.Pada usia 25,beliau merupakan ahli Parlimen termuda ketika itu.

Pengaruh moral dalam isu dasar

“My mother once said to me that all decisions, including political decisions, are basically moral. Is it right or wrong? And when a new issue comes up, you have to ask yourself, ‘If we do this, is it going to be right or wrong’?” – Will and Testament, Tony Benn

Tony Benn merupakan orang kuat dalam gerakan keamanan dan anti-nuklear. Pada Februari 1958, Tony meletakkan jawatan kedudukannya sebagai Labour’s front bench spokesmen. Menurut beliau bahawa beliau tidak boleh, “dalam apa jua keadaan, menyokong dasar yang dimaksudkan penggunaan senjata atom dalam perang”.

Dalam setiap kesempatan beliau akan hadir beri sokongan terhadap Campaign for Nuclear Disarmament(CND), apatah lagi semasa beliau berkhimat sebagai Naib Presiden organisasi tersebut. 

Apa yang menarik adalah beliau tegar berpihak untuk memboikot barangan Israel dan menggalakkan Britain melakukan hal yang sama pada tahun 2002.

Tambahan pula, menyokong strategi dengan menghentikan semua jualan senjata kepada Israel, dan memperkenalkan sekatan perdagangan dan mengharamkan semua pelaburan terhadap Negara itu.

Kesimpulannya, pertembungan idealisme dan realisme yang dikatakan tidak boleh wujud diantara dua merupakan pendapat yang rapuh. Tony Benn telah membuktikan bahawasanya dengan segala ujian dan rentangan, beliau telah berjaya mengubah persepsi bahawa prinsip dan moral bagaikan obor mampu dipegang disaat kegelapan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s