[Ulasan Filem] Now You See Me-(Spoiler Alert!)

Kredit Gambar: Amazon.co.uk
Ulasan oleh : Sadiq Jebat

Estimated reading time: 8 minutes, 21 seconds. Contains 1672 words

Sekarang Kau Kenal Siapa aku? Sekarang Kau Lihat Aku? Atau Sekarang kau Kenal Siapa “AKU”.

Ironinya, filem ini ditonton oleh ramai rakyat Malaysia, tetapi berapa ramaikah cuba mendalami jiwa pengarah dan penulis skrip filem yang memenangi Box Office dan mengutip kutipan sebanyak $351 Juta Dollar dengan bajet sebanyak $75 Juta Dollar.

Dilakonkan oleh Jesse Eisenberg, Mark Ruffalo, Woody Harrelson, Mélanie Laurent, Isla Fisher, Dave Franco, Morgan Freeman yang menjadi antara wajah utama melakarkan jalan cerita ini menjadi menarik dan merungkai satu persatu masalah di dalam filem ini.

Latar filem dimulai dengan seorang lelaki daripada pelakon yang bernama Jesse Eisenberg seorang pemain silap mata dengan menggunakan kad terup sambil menuturkan ayat yang menjadi satu ayat penting atau Ibu kepada persoalan yang bermain di minda para penonton; “The close you see, the less you’ll see” (Semakin kau tumpukan penglihatan kau, semakin kurang apa yang kau lihat)– Membawa maksud secara literal, jika semakin kau tumpukan mata kau hanya kepada satu sudut pandang (Point of View), Semakin tertinggal kau untuk memahami gambaran yang lebih besar (the big picture of).

Ulasan filem ini oleh aku bukanlah secara meluas tetapi hanya menumpukan kepada beberapa isu penting untuk kita fahami apa yang cuba disampaikan oleh Pengarah dan Penulis Skrip daripada sudut pandang aku sendiri.

Apa yang menjadi kekuatan filem ini hidup kerana aksi silap matanya yang membawa keseronokan kepada penonton dan menggembirakan hati para penonton silap mata (Malah aku sendiri terpegun).

Tetapi bukan itu yang menjadi isunya tetapi yang menjadi isunya, jalan ceritanya yang menarik cuba untuk membuka minda kita sebagai penonton untuk melihat dunia ini dengan lebih dekat.

Aku sertakan poin-poin penting;

1. Sikap Kapitalis yang menindas. (Insurer, Banker, Pemilik Besi.)

2. Pengeksploitasian oleh Ahli Magis. (Memukau jiwa manusia akan ilusi)

3. Orang yang mengambil peluang atas kesusahan orang lain. (Opportunist)

4. Undang-undang yang tidak dapat memberi keadilan. (Law in Property)

Jadi 4 isi penting ini akan aku ulas dan rungkai kepada para pembaca bahawa kita manusia ini sedang ditindas oleh sang Kapitalis.

Sering aku nyatakan di status aku bahawa polisi neo-liberal tidak mampu untuk mengubah kita, kegagalan kapitalis kian terbongkar.

Jika dahulu mereka mengklaim bahawa Soviet Union gagal kerana Communism, dan Karl Marx seorang yang gagal dalam membawa Scientific Socialism (Marxism) maka dewasa ini Kapitalis gagal membawa politikal-ekonomi nya untuk umat manusia.

Boleh sahaja kita merujuk kepada tujuan utama mengapa Dylan Rhodes (Mark Ruffalo) membina grup ahli magis itu yang terdiri daripada 4 watak penting iaitu, Daniel (Jesse), Henley (Isla), Jack (Dave), Merrit (Woody) yang mempunyai kriteria dalam bidang tersendiri untuk entertainthe people around them.

Saya tidak berkeinginan untuk menerangkan kebolehan mereka kerana moleknya anda sendiri menonton filem itu jika ingin mengetahuinya.

Dylan cuba membina grup itu dan menjatuhkan 3 daripada kapitalis yang memusnahkan hidup ayahnya iaitu Lionel Shrike, dikatakan Lionel Shrike seorang ahli magis yang hebat sehinggalah datang watak Morgan Freeman sebagai Thaddeus Bradley iaitu the Reveal secrets of magician, atau aku labelkan sebagai Opportunist.

Thaddeus yang merungkai rahsia magic Lionel Shrike bapa kepada Dylan Rhodes dan membuat keuntungan daripada hasil itu sehingga Lionel Shrike terpaksa membuktikan bahawa rahsia itu masih rahsia dan memakan dirinya (Lemas).

Ahli Magis atau pemukau, penghibur (entertainer), atau ahli sihir? Itu terpulang kepada tafsiran tersendiri, pengarah cuba membawa sejarah ‘The Eye’ sehingga membuatkan aku mengorek google sedalam-dalamnya untuk mengetahui tentang ‘The Eye’.

Aku tidak berminat untuk mengatakan ia cuba membawa illuminati atau berkenaan dengannya (Konspirasi sudah aku lalui selama 3 tahun) tetapi lebih suka mengambil terus daripada apa yang diperkatakan dalam filem tersebut iaitu ‘The Eye’ adalah sebuah kumpulan atau gerakkan yang bertujuan untuk mencuri makanan daripada kerajaan Firaun dan memberi kepada hamba yang memerlukan.

Mereka diperkatakan juga membuat perkara itu dengan menggunakan ilusi untuk menentukan keadilan timbangan (Even Scale of Justice).

Di sini jelas menunjukkan tujuan ‘The Eye’ adalah untuk membantu golongan miskin dalam kerajaan yang menindas rakyatnya, seperti mana yang kita sendiri maklum bahawa hamba yang tertindas pada zaman Firaun tidak lain tidak bukan adalah golongan Yahudi atau Israel.

Maka kita cuba menarik subjek itu kepada dunia sekarang iaitu golongan kapitalis yang menindas golongan miskin dan mengaut keuntungan daripada buruh-buruh dengan menghisap lebihan nilai mereka tanpa ada belas. Adakah itu adil? Maka datanglah Robin Hood cuba untuk membetulkan keadaan.

Watak Robin Hood itu sendiri menggambarkan seorang yang mencuri untuk kebaikan tetapi bagi aku tidak, Robin Hood tetap pencuri dan pencuri tetap perlu dihukum. Apa yang lebih penting adalah golongan tertindas ini bangkit melawan mereka yang menindas kalian semua, kalian ditindas tanpa kalian rasa, itu menunjukkan penindasan itu sebati dalam diri kalian.

Apa yang dikatakan oleh Marx dalam berkenaan alienation iaitu jiwa manusia telah dihilangkan dengan sesuatu yang mengilusikan mereka tanpa mereka sedari dengan sesuatu yang tidak nyata sehingga mereka menjadi hamba tanpa mereka merasa mereka adalah hamba.

Alienation atau lebih sinonim adalah pengasingan (bukan pemberian Hak Milik- Land Law) jiwa manusia daripada yang manusia lain (Social Alienation).

Iaitu tidak sepatutnya manusia dijadikan dalam kelas-kelas yang berbeza sehinggakan ada yang menindas dan ditindas, tetapi perlu hidup secara harmoni tanpa ada diskriminasi antara manusia.

Inilah yang dicoretkan Marx dalam teorinya yang agung iaitu perlawanan kelas (Class struggle).

Jadi jelas apa yang cuba pengarah sampaikan adalah diskriminasi antara kelas iaitu kelas kapitalis dan rakyat. Kerajaan dan masyarakat.

Apa pula tujuan Ahli Magis diterapkan? Cuba penonton (Yang sudah menonton) kembali kepada kata-kata Dylan Rhodes tentang magis, mengapa beliau benci kepada ahli magis dan magis;

“I could care less about magician in general. What I hate is people exploit other people. By taking advantages of their weaknesses. Their need to believe in something that is unexplainable in order to make their lives more bearable.”

Ironinya pengarah cuba memutarkan makna magis bahawa bukanlah magis yang mengeksploitasikan manusia kerana ia menggembirakan manusia.

Boleh sahaja ini membawa maksud yang lain, kerana bukan magis yang ingin diperkatakan di sini, tetapi sang kapitalis yang mengeksploitasi manusia (buruh-buruh) dengan gaji yang sekadar cukup makan. Jangan penonton/pembaca mengatakan aku cuba mengatakan magis telah melakukan eksploitasi tetapi cuba melihat makna di sebaliknya ayat itu.

Mengambil keuntungan daripada kelemahan orang lain dengan membuat manusia faham bahawa itu adalah kenyataan atak takdir mereka, atau sebab-akibat (causality) itu terjadi. Ini yang menjadi masalah kerana dengan kenyataan sebegitu maka lagilah mudah untuk golongan kapitalis mengeksploitasi manusia di sekelilingnya.

Mereka memasukkan unsur-unsur yang membolehkan mereka kekal berkuasa, maka benarlah apa yang diperkatakan Antonio Gramsci bahawa hegemoni kapitalis itu yang membuat manusia terasing (alienate).

Ini juga boleh dikelaskan tentang hujah Marx bahawa agamawan turut terlibat dalam memukau jiwa manusia tentang keindahan syurga dengan menyuruh manusia bersifat sabar dan menghadapi kesusahan hidup kerana itu adalah takdir yang telah ditetapkan.

“Maka bersabarlah kalian semuanya, sesungguhnya syurga menanti kalian.”- dan ayat-ayat itu sering dilaungkan oleh agamawan yang muslim jua.

Tidak menjadi masalah, tetapi bersabar dalam konteks membiarkan penindasan berlaku adalah satu kenyataan yang paradoks.

Adakah Islam menyuruh penganutnya bersabar dalam manusia lain memerah keringat untuk hidup dan di pihak yang lain mengaut keuntungan daripada kesusahan orang lain?

Dalam filem itu juga jelas menyatakan penonton yang menyaksikan acara magis itu menjadi mangsa keadaan, mereka dirompak dan diambil harta mereka tanpa mereka sedari. Mereka terpukau dek magis sehingga duit mereka dirompak tanpa mereka tahu bahawa mereka telah dirompak.

Sehingga the four horsemen membuka rahsia Arthur Tressler bahawa para penonton menjadi mangsa keadaan untuk kepentingan Arthur Tressler. Maka tertumbang dua daripada kapitalis yang menindas manusia iaitu syarikat insurans yang tidak mahu memberi pampasan kepada Dylan Rhodes setelah kematian ayahnya Lionel Shrike.

Satu daripada kapitalis penting adalah di permulaan awal persembahan iaitu the bankerpemilik bank iaitu Etienne Forcier sebuah bank Credit Republicain de Paris.

Iaitu bank yang menguruskan wang insurans Lionel Shrike termasuk Elkhorn yang tika dahulu adalah pembuat besi keselamatan untuk kegunaan ahli magis bagi aksi magis mereka. Tetapi jelas dinyatakan kapitalis ini tidak melaksanakan tugas mereka dengan baik tetapi lebih mengutamakan keuntungan daripada keselamatan atau kepentingan manusia.

Apa kaitan Morgan Freeman? Itu soalan yang perlu aku jelaskan, Morgan Freeman bertindak sebagai seorang opportunist, atau mudah kita labelkan sebagai seorang yang bersekongkol dengan kapitalis.

Beliau membuka rahsia Lionel Shrike sehingga menyebabkan kematiannya, dan telah aku nyatakan di atas, bukan sekadar membuka rahsia magis, tetapi mengaut keuntungan pula daripada kelemahan orang itu.

Jadi? Apa beza watak Morgan Freeman berbanding kapitalis itu? Atau lebih disinonimkan sebagaibourgeoisie, bagi yang telah menonton filem itu mereka ketahui bahawa pada part last Mark Ruffola menyebut borjuis atau kita lebih fahami adalah golongan bangsawan dalam bahasa perancis.

Maka? Adakah kalian ingin terus ditindas? Pandanglah dunia ini dengan kaca mata yang lebih luas dan tumpukan pada bahagian yang penting, buka mata kalian untuk melihat gambar yang lebih besar dan kecilkan mata kalian kepada isu yang penting.

Dan poin yang terakhir adalah undang-udang; Undang yang dibuat oleh kerajaan bukanlah keadilan yang nyata, tetapi mempunyai banyak kelemahannya, apatah lagi telah dijelaskan oleh Engel bahawa golongan kapitalisme ini sendiri telah membina satu sistem iaitu demokrasi ( the bourgeoisies of capitalist).

Mereka yang kuat-kuat tetap menjadi ketua, jika di buka kitab-kitab demokrasi pemilihan untuk menjadi ahli parlimen adalah tuan tanah iaitu golongan bangsawan, dan setelah pembaharuan dibuat maka rakyat diberi pilihan untuk memilih ketua mereka.

Tetapi mereka sebodoh itu untuk memberi kemudahan itu kecuali telah menghegemonikan pemikiran massa untuk kepentingan mereka. Ini yang telah ditulis oleh Antonio Gramsci dalam bukunya iaitu Prison’s Letter iaitu budaya hegemoni (Cultural hegemony) oleh kerajaan untuk pengukuhan negara kapitalis dan sistemnya.

Tuntasnya, terpulang kepada kalian para pembaca untuk menilainya mana yang baik dan buruk. Pengulasan aku ini hanya berdasarkan pembacaan aku.

Mungkin wujud sosok tubuh manusia yang boleh menilai dan mengulas filem ini dengan lebih teliti dengan konsep-konsep yang lebih ilmiah maka sangatlah dialu kan untuk pencerahan kita bersama.

Wallahualam……

Footnote; Filem ini cuba untuk memberi pencerahan kepada manusia supaya berfikir mengikut law and logic, bahawa kita semua berada dalam ilusi yang direka oleh mereka yang berkepentingan, untuk keluar daripadanya adalah kita perlu mengkaji. Sebab itu Dylan Rhodes mengatakan di peleraian filem ini “and at the moment, I create a persona. I plan. I worked out every detail. But the one thing I couldn’t imagine happening. Was you (Melanie Laurent).” Jadi jelas Dylan cuba mengkaji dan merangka pelan yang terperinci untuk tujuannya, untuk membalas dendam atas kematian ayah dek kapitalis yang rakus itu. Jadi seberapa sukar atau payah perkara itu cuba kita hadapi dan rungkainya dengan pendapat kita sendiri dan mencari resolusinya. Suka saya untuk mengajak kalian – Mari membina budaya membaca dan wacana Ilmiah mula daripada sekarang.

Untuk pembacaan tentang Neoliberal boleh rujuk link ini; http://www.social-europe.eu/2013/11/neoliberal-discourse-learning/

atau buka Youtube cari Neoliberal and the city; David Harvey.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s