Wajarkah kita menumbuk Nazi?

Oleh : Slavoj Zizek

Estimated reading time: 5 minutes, 0 seconds. Contains 1003 words

Inilah persoalan yang berkumandang di Twitter sejak 20 Januari yang lepas, apabila penyokong ultra kanan dan supremasis kulit putih, Richard Spencer yang ditumbuk oleh penunjuk perasaan bertopeng semasa pertabalan Donald Trump sebagai Presiden US. Paparan video insiden tersebut cepat tersebar di Internet dan menjadi topik debat, menatijahkan laman sesawang bahkan meme.

Akan tetapi, walaupun ramai yang seolah-olah bersorak dengan kejadian tersebut, ramai juga yang memikirkann, dari sudut falsafah, apakah menumbuk seorang Nazi sesuatu yang dapat diterima? Yang lebih beradab akan kata “tak patut”, dimana yang kononnya “Dirtbag-Left” akan kata menumbuk Nazi merupakan tradisi rakyat Amerika yang dihormati.

Saya bertanya ahli falsafah Slovenia dan profesor European Graduate School, Slavoj Zizek, pendapatnya tentang hal ini. Jawapan beliau pasti mengejutkan anda. (Nota Editor: transkrip berikutnya telah disunting supaya lebih jelas)

Quartz : Jadi, wajarkah menumbuk Nazi?

Zizek : Tidak wajar! Jika keganasan sebegitu diperlukan, saya lebih suka keganasan pasif cara Ghandi.

Saya pernah buat satu kenyataan, yang seperti kamu maklum, menyusahkan saya. Saya cakap masalah Hitler ialah beliau tidak cukup ganas. Kemudian saya cakap, dalam kenyataan yang sama, yang Ghandi lebih ganas berbanding Hitler. Keganasan Hitler hanyalah keganasan yang reaktif.

Ya, dia bunuh jutaan manusia, tapi matlamat utamanya ialah supaya sistem yang ada kekal seperti biasa- Kapitalism German dan sebagainya- sebaliknya Ghandi benar-benar mahu menjatuhkan kawalan empayar British. Akan tetapi keganasan Ghandi lebih simbolik : menerusi demonstrasi aman, rapat umum dan sebagainya.

Jika ada yang bercakap seperti si bangsat [Richard Spencer] itu, kita jangan pedulikan dia. Kalau dia pukul anda, pergi dari situ. Jangan anggap dia sebagai manusia pun. Itu baru keganasan yang saya ajukan. Bukan keganasan fizikal. Sebab, kamu tahu tahu, orang kata keganasan simbolik ini bawak kesan yang lebih buruk, tapi jangan pandang remeh keganasan fizikal.

Saya tak maksudkan yang kita kena jumpa semua orang, dan terima mereka. Jadilah ganas dalam peringkat tertentu. Bila kamu berjumpa dengan lelaki yang ditumbuk itu, bertindaklah dengan satu cara dimana, kita tak perlu bagi perhatian pada dia walau dengan menumbuk atau menampar. Kamu patut layan mereka seperti mereka ni bukan manusia.

Maksudnya, golongan kiri patut bertindak lebih mulia?

Saya teringat bila Syriza [Parti Kiri Greek] masih bergelut untuk kuasa di Greek. Wakil dari Parti Golden Dawn [Parti Kanan] menyimbah segelas air kepada seteru beliau, wakil Syriza dalam satu diskusi meja bulat di TV. Beberapa kali, ahli parlimen Syriza diserang di parlimen dan sebagainya. Kini, golongan ultra-kanan ini bertindak secara fizikal dengan ganas. Mereka lambang terhakisnya moraliti dan kesopanan umum. Dan ada terma yang khusus untuk itu, Hegel menyebutnya sebagai Sittlichkeit. Ia bukan moraliti yang biasa, ianya sebuah moraliti yang sarat dengan peraturan tidak tertulis bagi memudahkan urusan kehidupan sosial kita. Dan secara paradoksnya, saya rasa, golongan progresif sepatutnya menjadi suara kesopanan umum, adab, tatasusila yang baik dan sebagainya.

Saya juga melihat kegagalan “Political Correctness”, kerana ianya satu reaksi terdesak terhadap keadaan ini. Tindakan ini sebenarnya, tindakan bunuh diri, melalui kawalan tertentu, cakap ini tak boleh, itu tak boleh dan sebagainya. Jika ini berterusan, golongan kiri telahpun kalah.

Tapi prinsip “mereka baling taik, kita bagi bunga” ini strategi yang tak berkesan bagi para demokrat semasa menentang Donald Trump pada 2016.

Ia lebih kompleks dari itu. Saya rasa ini kesilapan terbesar mereka. Tak sedih ke kita lihat bahawa yang terbaik golongan liberal-kiri boleh buat pun ialah mengkritik Trump menggunakan komedi politik? Orang macam Jon Stewart, John Oliver dan sebagainya.

Ya, memang seronok buat lawak pasal beliau, tapi kamu gelakkan dia dan dia menang. Ya Tuhan! Ada yang tak kena dengan permainan menjadikan Trump bahan jenaka ini.

Kamu tahu, dalam perubatan mereka sebut ini sebagai “symptomatic healing”, yakni bila kamu ambil bahan tertentu, ia menghilangkan kesan tertentu, macam kamu ada rasa sakit, kamu makan ubat, hilang rasa sakit, tapi ia tak menyembuhkan penyakit. Mengkritik Trump ini hanyalah “symptomatic healing”.

Trump ialah kesan kegagalan golongan liberal-kiri. Semua orang tahu benda ini. Satu-satunya cara untuk mengalahkan Trump ialah dengan memikir semula secara radikal apa maksud menjadi “haluan kiri” sekarang ini. Jika tidak, dia akan terus mendapat sokongan rakyat kebanyakan.

Kamu rasa apa Trump akan buat?

 Kamu tahu apa ketakutan saya? Saya bukan takut Trump gagal, kemudian berlaku huru-hara, tapi bagaimana kalau selepas beberapa tempoh waktu, Trump berjaya?

Kamu tahu apa yang berlaku di Poland? Parti Law and Justice, mereka buat satu program sosial kepada orang miskin yang tiada ahli kerajaan eropah mampu lakukan.Mereka kurangkan umur persaraan, memperbaiki khidmat kesihatan, lebih banuan terhadap ibu-ibu dan anak-anak.

Tidak hairanlah kenapa ramai suka mereka. Ya Tuhan! Mereka buat sesuatu yang tiada satu kerajaan kiri pun mampu lakukan. Dan bagi saya inilah kebenaran yang tragis bagi Eropah : Ianya sebuah paradoks.

Saya ingat lagi masa saya kecil, apabila bekas Presiden US Nixon pergi ke China. Isunya adalah, hanya golongan berhaluan kanan yang boleh buat seperti ini. Kalau golongan berhaluan kiri , atau Presiden Demokratik yang lakukan, dia akan dikecam sebagai pengkhianat.

Paradoks yang sama berlaku di France. Hanya De Gaulle yang mampu mengiktiraf kemerdekaan Algeria. Jika golongan berhaluan kiri buat benda yang sama, mereka akan dituduh pengkhianat. Jadi kita berada di persimpangan logik yang gila ini. Jika kamu mahu keadaan yang lebih baik untuk kelas pekerja, jadilah golongan populis berhaluan kanan.

Jadi, apa kamu akan buat?

Satu-satunya nya cara untuk hidup dalam keadaan yang teruk ini, kalau kamu tanya saya, ialah dengan menulis, dan baca buku yang tebal-tebal, kamu tahu? Dan saya kini sedang menulis lagi satu buku tentang dialektik Hegel, subjektiviti, ontology, fizik quantum dan sebagainya. Itu sahaja cara untuk teruskan hidup. Macam Lenin.

Saya ambik contoh beliau. Kamu tahu apa yang Lenin buat masa tahun 1915, bila perang dunia pertama meletus? Dia pergi ke Switzerland dan mula membaca Hegel.

Dalam keadaan mencabar seperti ini,saya mula cuba menonton filem muzikal lama Hollywood. Sekarang semua orang dah tengok, tapi saya jumpa satu salinan cetak rompak La La Land.

Kemudian saya tonton adikarya filem muzikal lama [sejak 1935], Ginger Rogers, Fred Astaire. Top hat. Dan saya teringat, yang saya nak menulis mempertahankan muzikal-muzikal lama ini,yang biasanya dianggap tidak mempunyai kedalaman psikologi. Mereka hanya bergerak seperti boneka.

Bagi saya, ianya terlalu psikologikal, seperti La La Land. Tapi saya lebih suka boneka total seperti Ginger Rogers dan Fred Astaire. Mungkin saya akan tulis sesuatu tentang itu.

Terjemahan oleh Megat Hanis. Wawancara asal boleh didapati disini 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s