Ada apa dengan ekonomi? (Bhg.2)

Oleh: Sadiq Jebat

Estimated reading time: 2 minutes, 48 seconds. Contains 562 words

 

Teori Ekonomi Politik (Pendekatan Kelas) 

Sesuatu analisa ekonomi yang berlandaskan kelas, berbeza dengan neo-klasik yang menolak fungsi kelas dalam pembentukan masyarakat malahan lebih menumpukan individu—hatta begitu, mereka sendiri tidak mampu untuk mengkelasfikasikan maksud individu secara adil seperti sangkal Amartya Sen di dalam The Ideas of Justice dalam menjawab hujah John Rawl berkenaan ‘justice’.

Pendekatan yang diambil oleh ekonomi politik dengan menganalisis hubungan tertentu yang sentiasa berubah seperti mana manusia (baca; kelas) juga berubah-ubah.
 
Teori yang dipakai oleh ekonomi politik lebih menjurus kepada teori nilai abstrak—kalaupun sebelum ini David Ricardo dan Adam Smith turut membicarakan teori nilai kerja tetapi teori ini telah diperbaharui oleh Marx sendiri dengan mengkaji permasalahan dalam sistem kapitalis itu sendiri.

Berbeza pula dengan teori neo-klasik yang memakai teori nilai utiliti sut. Teori nilai abstrak adalah satu teori yang membincangkan perihal pembahagian upah (baca; Gaji) pekerja yang tidak sepadan dengan nilai (surplus value).
 
Dalam pembentukan teori ini Marx telah mengkaji secara halus dan teliti tentang kebaikan dan keburukan dalam sistem kapitalisme itu sendiri. Malahan sistem pasaran (baca; Market) juga masih dikekalkan oleh Marx untuk pembentukan sosialisme sebelum beralih kepada komunisme. Walaupun begitu, teori ini juga telah dikembangkan oleh tokoh-tokoh selain Marx, seperti Engel, Sweezy, Fine, Harrisson dll. Tetapi sumbangan Marx dalam mengkaji kebobrokan kapitalisme perlu diberi perhatian yang lebih.
 
Selain itu, teori ini membincangkan perihal nilai lebihan (surplus value), nilai (Value—Exchange value), eksploitasi, ragam pengeluaran, pembahagian kelas (class division), kerja perlu (labour force) atau boleh dikelaskan dalam erti konsep kapitalisme secara menyeluruh. Untuk lebih faham—teori ini lebih menumpukan kepada keutamaan buruh. Membincangkan tentang permasalahan sistem kapitalisme secara overall. Malahan ekonomi politik (Baru) ini lebih menjurus kepada pembentukan sosialisme atau kepada Marxisme.

Dalam pembincangan Marxisme sendiri, Marx menulis tentang pergelutan kelas (class struggle) dalam sistem kapitalis dan juga teori konflik (conflict theory)—walaupun begitu adaptasi kajian Marx lebih kepada dunia kelas pertama dan kedua tidak kepada dunia kelas ketiga seperti di Malaysia juga lebih dijolok sebagai post-colonial country. Aku tidak ingin membincangkan sesuatu yang berat dalam artikel, sebolehnya sekadar asas kepada kefahaman untuk memberi peluang kepada pembaca untuk menarik minat mereka mengorek ilmu dengan lebih dalam.
 

Ekonomi Politik—lebih mengutamakan pembincangan tentang kelas dan juga konsepnya mencakupi agihan lebihan yang terdapat dalam sesuatu ekonomi itu sendiri. Adakah agihan lebihan itu kembali kepada buruh dengan adil atau dirampas oleh golongan kapitalis dengan cara eksploitasi.

Oleh sebab itu, teori ini lebih mengaitkan isu kelas kerana isu kelas ini yang menjadi tunjang kepada masalah dalam sistem kapitalisme itu sendiri. Malahan menurut Marx kelas terbahagi kepada dua kelompok besar iaitu Proletariat dan Borjuis—tidak mustahil untuk proletariat menjadi borjuis atau petite-bourgeoisie.
 
Konsep kelas ini juga dimainkan untuk menarik titik temu antara proses pengeluaran dan nilai lebihan melalui perhatian dan kajian terhadap proses sosial yang terlibat.

Selain itu teori ini dapat membezakan peranan individu atau masyarakat dalam sesebuah institusi ekonomi seperti sebelum ini adalah zaman komunisme kuno—perhambaan—feudalisme—kapitalisme dan rungkas Marx lagi ragam pengeluaran yang berlaku pada tingkat kapitalisme akan beralih kepada sosialisme pada masa tertentu dengan wujudnya konflik antara kelas dan eksistensi nya pada waktu itu revolusi daripada golongan proletariat.
 
Marx menggunakan kaedah dialektik untuk mentafsir permasalahan ini—walaupun begitu bukanlah bermaksud teori Marx adalah yang paling unggul kerana dialektik yang dipakai Marx sendiri telah banyak dipatah hujahnya salah seorang daripada Ayatullah Muhammad Baqir Al-Sadr dalam bukunya Iqtisaduna (Our Economic).

Tetapi itu tidaklah menjadikan teori-teori Marx itu pincang kesemuanya kerana sumbangan Marx dalam mengkaji sistem kapitalisme itu perlu dihargai kerana sebelum itu kebobrokan kapitalisme masih kabur-kabur.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s