Mana lebih baik: Mengatasi godaan atau tidak digoda langsung?

Oleh: Christina Starmans

Estimated reading time: 4 minutes, 9 seconds. Contains 833 words

Bilakah kali terakhir anda tergoda , walau sedikit, untuk melakukan sesuatu yang tidak bermoral? Seperti menipu, mengkhianati kepercayaan rakan, memotong barisan, atau mengambil lebih dari yang anda kongsikan? Saya boleh jamin anda ada buat salah satu darinya hari ini. Atau baru sahaja sejam yang lepas.

Dan mungkin, secara tak disangka, kita selalunya dapat mengatasi godaan ini dan bertindak secara moral. Tetapi bagaimana pergelutan dalaman seseorang dalam menangani godaan ini memberi kesan kepada bagaimana tindakannya dilihat oleh orang lain? Siapakah insan yang lebih baik : orang yang bertindak secara bermoral walaupun digoda atau orang yang langsung tiada godaan?

Ada dua jalur falsafah moral yang menunjukkan kepada kita, secara mudahnya, pendapat berlainan tentang apakah jenis tindakan yang akan dilihat lebih bermoral.

Satu hujah mengatakan (Aristotle), insan yang benar-benar bermoral akan bertindak sepenuh hati dalam membuat perkara yang betul, dan tiada bahagian dalam dirinya yang tergoda untuk bertindak secara tidak bermoral. Satu lagi hujah pula mengatakan (Immanuel Kant), sesuatu tindakan itu bermoral hanya apabila ia suatu tindakan yang anda tidak mahu buat- kerana jika tidak, seseorang itu hanya bertindak mengikut mengikut kehendaknya, dan walaupun kesannya mungkin positif, ia tak patut dianggap sebagai moral.

Ahli-ahli falsafah ini berhujah tentang tindakan mana yang patut dilihat sebagai paling bermoral. Akan tetapi, mana satu dari pandangan ini yang dapat menanggapi apa yang orang biasa benar-benar fikir tentang moraliti?

Untuk menjawab persoalan tersebut dan membongkar bagaimana seseorang memikirkan tentang mengatasi godaan sepanjang tempoh masa hidup, pasukan saya telah merekrut lebih dari 250 kanak-kanak, berumur tiga hingga lapan tahun, dan hampir 400 orang dewasa.

Setiap peserta diminta untuk membuat pertimbangan tentang beberapa senario mesra-kanak-kanak yang menunjukkan dua karakter yang bertindak secara moral. Satu kisah, contohnya, menunjukkan dua kanak-kanak yang telah memecahkan barang ibu mereka. Kedua-duanya akhirnya menberitahu perkara sebenar perbuatan itu kepada ibu mereka.

Kedua-duanya mahu bercakap benar dan melakukan perkara yang betul. Tetapi satu orang kanak-kanak tergoda untuk menipu dan mengelakkan hukuman, namun tetap bercakap benar walaupun ianya sukar.

Seorang yang lain pula begitu mudah bercakap benar dan tidak langsung tergoda untuk menipu, kerana dia tidak peduli tentang hukuman. Kami kemudian bertanya kepada peserta, mana satu antara keduanya, yang lebih terpuji moralnya.

Kami temui perbezaaan yang mengejutkan mengikut umur : kanak-kanak berumur tiga hingga lapan tahun memilih bahawa seseorang yang membuat perkara yang betul tanpa mengalami keinginan tak bermoral adalah lebih bermoral berbanding seseorang yang membuat perkara yang betul melalui proses mengatasi konflik keinginan, NAMUN : orang dewasa berpendapat sebaliknya.

Dan penilaian ini ditunjukkan dalam beberapa bentuk godaan tidak bermoral, termasuk menipu, tak membantu adik-beradik, memungkiri janji dan sebagainya. Penilaian ini dibuat ketika kami bertanya karakter mana yang patut diberi anugerah kerana tindakannya, mana yang “lebih baik”, atau karakter mana yang lebih cenderung untuk bertindak secara moral di masa depan.

Orang dewasa yang lebih menyukai karakter yang berkonflik (mengatasi godaan) ini sesuatu yang tidak dijangka, kerana banyak kajian-kajian sebelumnya mendapati orang dewasa menilai nafsu dan niat negatif sebagai tidak bermoral.

Namun kini kita mendapati orang dewasa memberi lebih kredit moral kepada mereka yang ada sedikit keinginan negatif berbanding yang hanya ada keinginan positif. Mungkin juga, seperti Kant, orang dewasa melihat keinginan untuk bertindak secara tidak bermoral ialah komponen yang penting yang membentuk apa itu tindakan moral yang sebenar, berbanding sebuah tindakan menyenangkan yang kebetulan saja punyai kesan yang positif.

Menurut hujah ini, keinginan menjadi jahatlah  yang membuatkan kita ada kemampuan untuk memilih kebaikan.

Sudah tentu, ada beberapa jenis godaan tidak bermoral yang orang dewasa nilai ianya sangat buruk seperti mana nilaian kanak-kanak. Sebagai contoh, seseorang yang tergoda untuk mencabul kanak-kanak tetapi dapat mengatasinya , lebih cenderung untuk dilihat tdaik bermoral berbanding dengan seseorang yang langsung tiada godaaan tersebut.

Pembongkaran ciri-ciri godaan yang menyebabkan pujian dan kutukan ini ialah sesuatu yang kita kaji secara mendalam untuk kajian-kajian akan datang.

Dalam pada itu, dapatan kami yang terbaru berpendapat bahawa kanak-kanak bermula dengan psikologi moral Aristotle,menilai individuu yang tidak bergelut dengan keputusan moral sebagai lebih bermoral dari yang bergelut.

Tetapi selepas umur 8 tahun, mereka beralih kearah kerangka moral yang lebih Kantian, yakni menilai tindakan moral itu berdasarkan betapa sukarnya pergelutan yang dialami oleh peserta.

Jadi, apa yang berubah bila kita meningkat dewasa?

Satu kemungkinan ialah, kanak-kanak punyai kekurangan pengalaman berdepan dengan konflik dalaman. Secara mudahnya, kanak-kanak sering berkelakuan nakal, jadi mereka ini dianggap mengalami godaan untuk bertindak secara tidak bermoral sepanjang masa.

Akan tetapi mungkin juga kanak-kanak tidak selalu mengalami kedua-dua keinginan untuk menjadi jahat atau baik, dan pengalaman bergelut dengan dalaman diri sepanjang mereka membesar membantu mereka untuk menilai, paling tidak pun, tidak mengutuk, pergelutan yang sama wujud pada orang lain.

Faktor yang berkaitan ini mungkin juga suatu bentuk penghargaan terhadap tekad (untuk melawan godaan) itu sendiri.

Akhir sekali, mungkin juga kanak-kanak lebih cenderung menyukai orang yang mempunyai kesatuan diri. Semakin kita meningkat dewasa, barulah kita lebih menghargai nuansa betapa kompleksnya karakter kita yang memerlukan kedua-dua godaan dan tekad untuk mengatasinya.

Jadi lain kali jika anda rasa bersalah apabila mengalami godaan tidak bermoral, relaks saja. Anda mungkin tetap akan dipuji oleh rakan-rakan yang dewasa, asalkan anda buat perkara yang betul diakhirnya. Anak-anak kamu, sebaliknya mungkin akan menghakimi anda lebih teruk!

Terjemahan oleh : Megat Hanis
Kredit gambar : http://www.royaldoors.net
Tulisan asal boleh dilihat di sini


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s