20 Filem Cinta Wajib Tonton Sempena Hari Valentine

Oleh: Purana Circle

Sempena Hari Valentine ini, ramai yang masih mencari-cari apa yang ingin dilakukan bersama pasangan tercintaa. Kami menyediakan 20 Filem Cinta Wajib Tonton Sempena Hari Valentine untuk anda pilih dan layan bersama yang tersayang.

1. Me Before You

Menceritakan kisah seorang gadis dari pekan yang menjaga seorang lelaki kaya yang lumpuh. Mereka lama-lama menjalin cinta yang tak dijangka.

mby-06736rv2_emilia-clarke-sam-claflin-me-before-you-zoom-37482c93-e184-493a-a3e5-7e009156da90

2. Pyaar Ka Punchnama

Menceritakan kisah 3 orang kawan baik dan pengalaman bercinta masing bersama wanita pilihan mereka.

pyaar-ka-panchnama-g4

3. 500 of Days of Summer

Mengisahkan seorang lelaki yang cintanya tak berbalas oleh seorang wanita yang dia telah habiskan masa bersama sepanjang 500 hari. Beliau kemudiannya mentadabbur semula perjalanannya sepanjang 500 hari itu untuk mencari apa yang tidak kena dgn hubungan mereka.

joseph-gordon-levitt-in-500-days-of-summer-desktop-wallpapers

4. The Road Home (1999)

Mengisahkan seorang usahawan muda yang pulang ke kampung sempena kematian bapanya. Beliau kemudian mengingati semula kisah cinta bapa dan ibunya yang menjadi lagenda di kampung itu.

ushsmzvqae11wodttczv9fvhodj.jpg

5. About Time (2013)

Mengisahkan seorang lelaki yang setelah menyedari bahawa lelaki di dalam keluarganya boleh mengembara merentasi masa, beliau berazam menggunakan kebolehan itu untuk mendapatkan cinta seorang wanita.

maxresdefault

6. Bajirao Mastani (2015)

Menceritakan kisah seorang general perang yang dilema antara taat setia cintanya kepada isterinya dan cinta terlarang terhadap seorang wanita yang pernah bersamanya dalam peperangan.

bajirao-mastani-7591

7. Before Trilogy (1995-2013)

Menceritakan kisah cinta antara dua insan yang melalui zaman-zaman mudanya yang penuh idealistik sehingga lah kehidupan dewasa yang penuh liku-liku dan pancaroba. Filem ini adalah satu trilogi , Before Sunrise, Before Sunset dan Before MIidnight. Tonton kesemuanya!

beforesunrise_1

8. One day (2016)

Mengisahkan seorang lelaki yang berlakon menjadi teman lelaki kepada wanita impiannya yang mengalami penyakit hilang memori sementara untuk satu hari.

7g_onedaystills00.jpg

9. Conversations with other women (2005)

Mengisahkan seorang lelaki dan wanita yang walaupun keduanya sudah punyai pakwe/makwe, tetapi mula mengorat dan menjalin hubungan cinta yang aneh, kompleks dan mengelirukan tatkala berjumpa secara tidak sengaja disebuah majlis perkahwinan.

conversations-with-other-women

10. Senior (2015)

Mengisahkan dua orang rakan, seorang manusia, seorang lagi hantu yang berusaha menyelesaikan sebuah kes bunuh yang berlaku separuh abad yang lalu.

marcusgohmarcusgoh-seniorreview-1

11. The Great Gatsby ( 2013)

Mengisahkan seorang lelaki biasa yang punyai cita-cita besar untuk menjadi kaya dan berjaya. Beliau kemudiannya jatuh cinta dengan seorang gadis bangsawan. Kisah cinta mereka diceritakan oleh rakan baiknya.

gatsby

12. A Moment to Remember (2004)

Sebuah kisah cinta pasangan yang setelah lama menjalin cinta, wanita tersebut menghidapi menyakit Alzheimer yang menyebabkan beliau takut kehilangan dan lupa tentang suaminya.

fullsizephoto1820

13. The Notebook (2004)

Mengisahkan cinta seorang lelaki kampung dan seorang wanita kaya yang tidak diiktiraf kedua ibu bapa mereka. Walau mereka terpisah semasa perang dunia kedua dan wanita itu hampir berkahwin dengan lelaki lain, kepulangan lelaki kampung tersebut memutikkan kembali cinta mereka.

mv5bmtu4otcynzywnv5bml5banbnxkftztcwmtyxmtg0na-_v1_sy1000_cr0015081000_al_

14. Failan (2001)

Mengisahkan seorang gadis cina yang datang ke Korea dan berkahwin dengan seorang lelaki tempatan untuk dapat tinggal di Korea. 

failan_2-1600x900-c-default

15. Eternal Sunshine of The Spotless Mind (2004)

Mengisahkan cinta dua orang lelaki dan perempuan yang akhirnya memutuskan untuk melupakan memori cinta mereka melalui satu procedur. Kedua-duanya kemudiannya menyesali perbuatan itu dan bergelut untuk mengembalikan memori mereka.

WINSLET CARREY

16. Love Exposure (2008)

Mengisahkan cinta tiga segi seorang jurugambar yang “pervert”, seorang wanita pembenci lelaki dan seorang agamawan yang manipulatif.

roundup3-jumbo

17. Pride and Prejudice (2005) 

Mengisahkan cinta dua orang lelaki dan wanita berbeza darjat dan kelas. Kedua-dua bergelut untuk bercinta dalam masa yang sama menyedari kedudukan masing-masing.

636043720805472308593113331_x600

18. Norwegian Wood (2010)

Seorang lelaki yang bergelut antara cinta terhadap teman wanita kepada kawannya yang telah bunuh diri dan seorang wanita lain yang “happy-go-lucky”.

tue-norwegian-wood

19. La La Land (2016)

Kisah cinta seorang pelakon wanita dan lelaki pemuzik jazz  yang bersusah payah menyara hidup dalam kota yang penuh pancaroba.

la-la-land-poster

20. Farewell My Concubine (1993)

Kisah cinta dua lelaki pelakon opera, satu berlakon sebagai wanita, satu sebagai lelaki. Walaupun mereka hanya berlakon bercinta diatas pentas, lama-kelamaan mereka punya perasaan yang kompleks antara satu sama lain diluar pentas.

farewell-my-concubine

 

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s