Ringkasan Persidangan Meja Bulat Ilmuwan Malaysia bersama Shaykh Hamza Yusuf di PICC.

Oleh : Shukri Mokhtar dan Afifah Anni`maty
Gambar oleh: RIS Convention

Estimated reading time: 2 minutes, 17 seconds. Contains 459 words

1. Islam itu agama bukan sebuah ideologi. Justeru pendapat yang menyatakan bahawa kita harus mengambil kuasa, menukarkan permerintah yang sedia ada agar kita dapat menegakkan Islam adalah tidak benar. Kata Shakyh, buktinya adalah para Ulama kita menulis terlalu sedikit kitab-kitab perihal politik, jika ia penting sudah tentu ramai menekankannya.

2. Kini para Imam di dunia ini tidak lagi pakar dalam ilmu metafizik, Shakyh memberi “the Problem Of Evil” sebagai contoh, apabila anak-anak muda menanyakan pemasalahan berkenaan dengan kejahatan,  jawapan yang diberikan tidak memuaskan. Hal ini menyebabkan anak-anak muda kini melencong ke arah lain.

3. Tauhid dan teologi harus berjalan maju ke hadapan, tidak ada yang tetap. Tradisi harus dicabar, dari masa ke semasa. Untuk menyatakan bahawa akidah Asyairah sahaja yang benar adalah tidak benar, kerana dalam “Amman Message” telah pun mengiktiraf mazhab-mazhab akidah yang lain. 

4. Beliau menekankan betapa pentingnya untuk umat Islam memahami modernisme dan postmodernisme, ketika mengulas Kitab Tanbihul Maraji ila Ta’asil Fiqhul Wa’qi’ yang dikarang oleh guru beliau, Shakyh Dr Abdullah Bin Bayyah. Shakyh Abdullah Bin Bayyah juga mendalami postmodernisme secara menyeluruh, khususnya Habermas.

IMG_20170309_121446.jpg

5. Apabila soalan bertanya tentang konsep kapitalisme, beliau mempertahankan kapitalisme atas hujah bahawa kapitalisme terbukti mampu mengembangkan ketamadunan. Namun, apabila kapitalisme itu dikuasai oleh hanya segelintir manusia, reaksinya adalah Karl Marx. Beliau turut membahaskan kritikan Karl Marx terhadap pasaran dan komoditi.

6. Shaykh Hamza Yusuf menasihati tentang perihal tasawwuf pada zaman sekarang yg makin hilang ruhnya. Kita seharusnya memandang semula ke zaman zaman dahulu di mana tasawwuf itu tidak diberi nama bahkan tidak dinamakan sebagai tasawwuf, tetapi hakikat dan ruhnya ada dan kuat, sebaliknya pada zaman kita ramai kelompok yang mengiktiraf diri mereka berada di atas jalan tasawwuf dan sufi tetapi hakikat dan ruhnya tiada.

7. Shakyh Hamza Yusuf  juga sebut bahawa Shakyh Dr Abdullah bin Bayyah turut menekankan kita sebagai penuntut ilmu tidak boleh mempercayai ilmu seseorang yang tidak mengetahui dan menguasai ilmu logik (mantiq).

IMG_20170309_085556.jpg

8. Apabila ditanya tentang peralihan Undang – undang Syariah Islam seperti sebatan awam (public canning) kepada polisi-polisi barat yang tertelah terbukti berjaya, sebagai contoh polisi penjara negara Norway. Adakah ia dibolehkan? 

Jawab Shakyh :

Kenapa ia sebut sebagai hudud adalah kerana ia berasal daripada perkataan had, iaitu had. Kita harus menghalang daripada melaksanakan hukuman keras. Apabila kita melaksanakan sebatan (public canning) , ini akan memalukan pesalah, dan keluarga pesalah itu. Hal ini akan menyebabkan masyarakat pandang serong terhadap pesalah itu. Saya bukanlah pakar dalam bidang ini akan tetapi di barat, mereka tidak merawat jenayah hanya dengan meningkatkan akta hukuman tetapi mereka melihatnya daripada persepi lain seperti psikologi.

Antara negara-negara yang kurang kadar jenayah adalah Switzerland. Keadaan ini adalah kerana masyarakat di sana mempunyai kelas menengah (middle class) yang sangat kuat. Justeru, sebagai orang Islam kita harus kedepan dalam isu ketidaksetaraan (inequality). Tidak lupa juga isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar. 

*Shukri Mokhtar dan Afifah Anni`maty keduanya merupakan penterjemah untuk Shaykh Hamza Yusuf di persidangan di Putrajaya tempoh hari.

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s