Karl Marx: Sebuah Trilogi (Bhg.3)

Oleh : Sadiq Jebat
Gambar oleh: johnpilger

Estimated reading time: 4 minutes, 12 seconds. Contains 841 words

Perjuangan Sebenar.

Pada tahun 1848, Marx memulakan langkah revolusinya, dia mula menulis beberapa karya penting di sini seperti Communist Manifesto bersama rakan karibnya Engel, pada waktu ini juga, Marx menyibukkan dirinya dengan gerakkan revolusi pekerja. Mereka berdua mula berenang dalam arus revolusi, sebagai revolusioner.

Karya ini adalah sebuah karya yang membincangkan perkara yang serius tentang apa yang perlu dilakukan oleh kelas pekerja. Karya ini mengandungi analisis yang terperinci berdasarkan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Ianya mengenal pasti ketegangan dan konflik yang berlaku di dalam masyarakat dan bagaimana pihak tertentu cuba membenam realiti kapitalisme yang merosak.

Di tulis di dalam Communist Manifesto,

“Suatu gelombang roh sedang menghantui Eropah- Roh komunisme”- (Marx dan Engel, The Communist Manifesto). Bagi pembaca adab ke- 21, manifesto ini tetap segar, kerana risalah politik ini membincangkan dengan cukup jelas tentang wawasan yang bakal dibina.

Sesiapa yang menelaah karya ini akan mendapat nafas baru, dan tidak kekang ditelan zaman. Ini kerana peristiwa yang telah berlaku dahulu masih bergolak pada zaman moden ini. Marx telah menjangka apa yang bakal berlaku dan apa yang kapitalisme bakal lakukan. Perindustrian kapitalisme akan sampai kepada penghujungnya dan kebobrokan kapitalisme senantiasa dijangka.

Jangkaan ini bukan dilakukan Marx sahaja, malahan ramai pakar ekonomi sudah membahaskannya. Lihat sahaja Bursa Saham Wall Street yang merudum jatuh semasa 1929 dan bermulanya neo-liberal kapitalisme menggantikan kapitalisme lama. Perubahan ini hanya secebis daripada perubahan lama, konflik tetap akan berlaku.

Menurut Marx lagi, konflik akan berhenti apabila sesebuah negara itu dipimpin di bawah ekonomi sosialisme dan pada saat itu rakyat akan memerintah negara secara kolektif. Dengan wujudnya negara sosialisme maka kewujudan komunisme akan lebih cerah.

Engels dan Marx sudah menjangka bahawa di dalam sistem kapitalisme, borjuis tidak mampu bertahan tanpa memperbaharui teknologi dan alat pengeluaran, menguasai hubungan pengeluaran di tempat kerja dan juga mengongkongi segala jenis hubungan di dalam masyarakat. Pada awal pembentukan kapitalisme, mod pengeluaran tidak banyak berubah dan ketika itu kelas perindustrian masih menggunakan alat-alat bentuk lama.

Tetapi saban hari manusia membangun, teknologi baru dibina, maka dengan itu para borjuis ini perlu menaiktarafkan teknologi mereka maka perlu bagi mereka mengeluarkan kos yang tinggi pula untuk menaiktarafkan teknologi, dan keuntungan akan menurun, maka mereka terpaksa mengaut untung daripada keringat pekerja dengan lebih tinggi.

Cuba bayangkan bersama, andaikata suatu masa nanti, hanya mesin yang menguruskan kerja-kerja di kilang, tidakkah itu menjadikan manusia punya banyak masa untuk berfikir tentang perkara lain?

Tentang teknologi baharu dan kehidupan mereka seterusnya? Dalam manifesto ini, Marx juga mengkritikan sistem yang telah pincang dan mengukuhkan lagi semangat perjuangan kelas pekerja bagi menentang sistem yang jelek ini.

Persoalan yang harus kita pertanyakan adalah; “Siapakah akan menjadi penggali kubur kapitalisme?” Tidak lain tidak bukan, kapitalisme sedang menggali kubur mereka lebih dalam.

Kapitalisme sendiri yang berakar umbi dari masyarakat yang terdahulu dengan kewujudan idea Adam Smith; Free-Market. Idea ini telah menjadi satu idea kepada pembangunan masyarakat moden.

Tidak dinafikan bengkel-bengkel kecil menjadi kilang besar; petani kecil diasak sehingga tersingkir dan dijadikan pekerja buruh dalam sistem pengeluaran pertanian; pertanian dihapuskan bagi membesarkan lagi industri di bandar; pedagang kecil dan kedai runcit dimangsakan oleh unit-unit perdagangan pasar raya kebangsaan dan antarabangsa yang makin membesar. Maka muncul firma dan syarikat besar seperti BP dan Halliburton dan memiliki kuasa besar bagi mengawal sumber produksi.

Di nyatakan lagi oleh Marx dan Engel,

“Jumlah pekerja yang ramai ini telah dihimpun dalam kilang-kilang dan diatur seperti askar. Sebagai askar dalam tentera perindustrian, mereka diletakkan di bawah pemerintahan sebuah hierarki pegawai dan sarjan.

Para pekerja ini bukan sahaja menjadi hamba abdi kepada kelas borjuis dan kerajaan borjuis malahan pada setiap hari dan setiap jam, mereka ini diperhambakan oleh jentera, oleh penyelia, dan terutama oleh usahawan borjuis sendiri” (The Communist Manifesto).

Revolusi telah memecahkan segala-galanya, 5 Mac 1848, Marx mula berganjak ke Paris untuk menganalisis revolusi Paris, setelah itu berlaku berlaku revolusi di Austria pada 13 Mac, di Hungary pula pada 15 Mac, dan seterusnya memecah ‘tembok’ Berlin pada 18 Mac.

Revolusi ini terus merebak dan dikenali sebagai revolusi pekerja. Pihak kerajaan Brussel mula risau dengan api revolusi di seluruh Eropah dan toleransi mereka kepada keluarga Marx ditamatkan begitu sahaja.

Oleh sebab itu Marx mula bergerak ke Paris di mana beliau membina ibu pejabat Liga Komunis. Akhbar Neue Rhienische Zeitung telah memainkan peranan penting dalam mencetakkan manifesto itu bagi menjayakan revolusi. Sebanyak 5000 naskhah habis dijual.

Daripada Jerman beralih ke Paris, daripada Paris Marx terus ke London. Di situlah dia meneruskan kerjanya dengan menjayakan penulisan akhir beliau iaitu Das Kapital.

Kelompok counter-revolution mampu menjatuhkan gerakan revolusi itu dan mereka telah memerangi gerakkan revolusi ini dan beroleh kemenangan secara menyeluruh di Berlin dan Jerman.

Oleh Sebab itu, pada tahun 1849, agenda revolusi tidak lagi menjadi agenda utama. Kapitalisme Eropah sudah memasuki era pertumbuhan dan perkembangan. Namun demokrasi borjuis mengalami kesulitan kerana masih terikat dan sukar memisahkan diri dari cengkaman sisa-sisa pemerintahan lama.

Louis Napoleon Bonaparte telah menjadi Presiden France pada tahun 1848 dan pada 1852 beliau menjadi Maharaja France. Marx dan keluarganya hidup dalam kehidupan yang miskin di London, kerana bantuan Engel lah mereka dapat bertahan lagi. Engel dan Marx di ibaratkan seperti adik dan abang, idea-idea mereka seiring bersama.

Engel banyak memuji Marx serta membantu Marx dalam meneruskan kerja untuk menyiapkan kerja tersisa Marx iaitu membukukan Das Kapital jilid 2 dan 3.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s