Idaman Kebebasan Ideologi

104095714-GettyImages-622104930r.1910x1000

Oleh: Azmina Nordin

Memetik daripada buku Islam vs Komunisme dan Sosialisme karya Dr Mustafa Mahmood, seorang intelektual di Mesir yang membicarakan bab kebebasan dalam konteks fahaman kiri dan kanan beliau telah memberi suatu takrifan kebebasan yang berbeza. Dr mustafa Mahmood pada asalnya terpesona dengan fahaman Marxisme tetapi pada akhirnya kecewa apabila melihat kegagalan pelaksanaan sistem itu di tanah airnya dan di beberapa negara yang mengamalkannya pada zaman rejim Jamal Abdul Nasir kembali semula kepada Islam mentelah hasil dari penelitian dan kajian, beliau telah menggariskan sifat-sifat kebebasan. Selain itu bagaimana kebebasan tersebut menjerut kembali pengamalnya atas beberapa faktor yang lain.

“kesanggungapan manusia untuk berkata ‘tidak’ kepada kezaliman dan kebatilan itulah satu-satunya erti kebebasan yang dimilikinya”

Di atas merupakan salah satu bentuk kata-kata perihal kebebasan yang membezakan manusia dengan haiwan, di mana kehidupan mereka dan bagaimana kebebasan ini mengancam pihak lain dan pada penghujungnya ianya dirampas kerana menggugat sstatus quo dan autoriti . Oleh itu, manusia ini dengan sekaligus kehilangan kelebihan untuk tidak mematuhi undang-undang kecuali bermotifkan ketakutan. Maka wujud sekolompok manusia yang hidupnya berpura-pura dan melahirkan masyarakat penakut dari peringkat bawahan hingga ke peringkat tertinggi dengan berperwatakan seorang berpura-pura. Kontra kepada ketidaktaatan, seseorang itu akan melakukan hal yang baik , kreatif , tekun dan bebas di samping jiwanya yang ikhlas.

Idelogi-ideologi yang dianuti oleh mana-manapun negara atau segolongan manusia pada hakikatnya tidak akan lari darioada wujudnya pertumpahan darah manusia yang mengalir dalam sejarah-sejarah sebelum ini. Kita lihat sahaja pada zaman pemikir Yunani, iaitu Socrates yang hidup dalam zaman perang Peloponesia, seterusnya pada zaman pemikir Islam Al Ghazali iaitu beberapa revolusi telah tercetus susulan itu wujud kelompok ekstremisme. Malahan sehingga sekarang masih berlaku peperangan. Walau apapun fahaman atau idea itu, selalu dianggap mulia untuk dipegang tetapi pasti wujud pertentangan yang akhirnya membenarkan manusia saling berbunuhan atas nama kebebasan .

Jika dilihat, kebebasan yang ditawarkan oleh puak kiri dan puak kanan adalah jauh berbeza. Pertama pada golongan puak kanan. Kebebasan dalam sistem kapitalis bererti kita mempunyai kebebasan untuk memiliki dan memenuhi kehendak yang kita mahu. Baik stesen media, kilang, ladang dan telaga minyak, selagi kita mampu membayar cukai dan memiliki wang yang cukup untuk memperolehnya maka kita akan memperolehnya. Tetapi ‘kebebasan’ jenis ini dikatakan oleh Dr. Mustafa Mahmood, sebagai satu bentuk kebebasan yang secara automatiknya, rasa keinginan itu akan bertambah untuk skala yang lebih besar sehingga wujud rasa ingin untuk memonopoli apabila mereka menguasai hasil pengeluaran barang, harga dan pasaran saham. Lalu, mereka mulai merampas kebebasan orang lain dengan mengekspoiltasi dan memperhambakan pekerja dan pembeli .

Dari sini wujudlah kekuatan mereka sebagai pemodal yang mempunyai modal yang besar dan memungkinkan kebolehan mereka untuk membeli undi, menjadi ahli parlimen, menubuhkan parti, memastikan halatuju pemerintahan berdasarkan kepentingan mereka, meletuskan api peperangan demi menjalankan kilang-kilang mereka dan memajukan barangan ketenteraan seperti senjata dan kereta kebal yang dikeluarkan oleh kilang kilang pemodal ini. Begitu juga keadaan ini semakin berakar dan kuat apabila mereka berjaya menguasai kawasan-kawasan di muka bumi dan bertambah lagi kemampuan mereka untuk merampas kebebasan orang lain dan akhir sekali menjadi penguasa, penjajah yang membawa kepada pemusnahan, pembunuhan saban tahun dan jahanamnya bumi ini. Sewaktu itu, kekuatan yang dimiliki oleh mereka yang tertindas adalah suara jeritan dan laungan di udara dan tidak lebih dari surat bantahan di atas kertas persis anjing menyalak di bukit.

Namun, ‘kebebasan agung’ yang dimiliki kaum pemodal ini yang membina ruang-ruang perhambaan, manakala bagi mereka yang ditindas akan menyeret sekali mereka (pemodal) kepada perhambaan iaitu mereka ini akan diperhambatkan oleh kekuatan modal yang telah mereka bertungkus lumus membangunkannya. Pengakhiranya juga tragis apabila kelak, mereka akan menjadi kayu api kepada peperangan yang pada awal-nya diletuskan sendiri oleh mereka .

Andai kata kita berpihak kepada puak kiri, kita akan didedahkan dan difahamkan kepada jenis kebebasan dengan pengertian Marxis iaitu kebebasan dalam mengubah dunia dan membangun semula dunia mengikut garis-aris parti komunis. Namun, tujuan kebebasan ini tidak terlaksana sekiranya tanpa langkah-langkah yang memusnahkan satu sama lain.

Langkah pertama adalah perlunya meleburkan kekuatan modal dan segala kekuatan yang berdasarkan monopoli dan eksploitasi iaitu dengan merampas hak milik kilang, tanah seluruh alat-alat pengeluaran dan seluruh media dari khabar, radio sehingga penerbitan buku. Pada awalnya, kaum pekerja dengan sifatnya sebagai tuan punya kepentingan yang sah haruslah mengisyhtiharkan suatu pemerintahan ditaktor. Apabila selesai tugas-tugasnya dalam menghancurkan kelas borjuis dan selamat membangunkan sebuah masyarakat tanpa kelas, pemerintahan ditaktor dibubarkan dan dirombak. Maka , tamatlah sebuah pemerintahan ( berakhir ) kerana keadaan tidak perlukan pemerintah.

Hasil daripada kejayaan tersebut wujud pengeluaran yang begitu mewah dan suasana yang makmur sehingga setiap rakyat mendapat habuan mengikut keperluannya dan setiap orang bekerja menurut kemampuannya. Kehidupan masyarakat idealis ini dicapai dimana menangnya kemanusiaan dan tamatnya tamak haloba. Begitulah impian Marxisme, walhal, realitinya jauh sekali lari dari angan-angan marxisme kerana terjadi penyelewengan-penyelewangan dalam perlaksanaan dan wujud lubang-lubang yang cacat cela dalam teori marxisme sendiri. Pada awalnya lagi sudah wujud pemerintahan ditaktor yang menakutkan jiwa-jiwa rakyat.

Alat-alat parti komunis yang terdiri dari berjuta-juta jiwa berubah membentuk satu kelas baru yang dibumbungi faedah tertentu dan memunyai kepentingan untuk menikmati janji-janji murni parti. Untuk mencapai tahap ini, berkemungkinan parti melakukan pengkhianatan oleh pemimpin-pemimpin parti dan disokong parti-parti pemerintahan ditaktor dan disokong pusat tentera yang wujud dalam pemerintahan. Menerusi ini, hadir perasaan ketakutan dan kehilangan dasar-dasar agama dalam pemerintahan ditaktor kaum pekerja menyebabkan akhlak mulai merosot jatuh. Bezanya antara masyarakat kapitalis dengan masyarakat marxis adalah bilangan kaum pemodal dan penguasa yang merompak. Jika dalam masyarakat kapitalis, seorang pemodal yang mencuri barangan mereka, tetapi dalam masyarakat marxis barang-barang mereka dicuri oleh setiap lapisan pegawai-pegawai pemerintahan komunis. Dengan kata lain, hasil-hasil pendapatan negara yang baru tercicir keluar dari penapis yang penuh koyak rabak.

Kesan dalam masyarakat pula, sistem komunis pula menggalakkan hati yang malas dan mematikan rangsangan daya kreatif. Unsur spiritual turut hilang dalam sistem kebendaan komunis seperti material tetapi yakni api dalam jiwa atau semangat kengairahan yang dicetuskan oleh keyakinan dan kebahagiaan bekerja dalam suasana bebas, berfikir tanpa tekanan dan hidup tanpa ancaman dan dilindungi undang-undang yang adil yang tidak membezakan antara pemerintah dengan rakyat yang diperintah.

Kesalahan Karl Marx dalam menyatakan idea-ideanya adalah tidak memikirkan akan kelunakan atau fleksibiliti sistem kapitalis dan kesanggupan menyesuaikan diri mengikut perkembangan ke arah mewujudkan kaum kerja moden yang pada masa yang sama memanfaat saham-saham dan bahagian-bahagian modal syarikat seperti yang dilakukan oleh sesetengah perusahaan Jepun, Itali, Perancis dan Inggeris. Ramalan Karl Marx yang ditegakkan di atas metod dialektiknya turut meleset. Misalnya negara China, Karl Marx menyatakan bahawa revolusi komunis tidak akan tercetus dalam masyarakat mundur tetapi dalam masyarakat perusahaan kapitalis yang maju seperti England dan Jerman. Walhal, revolusi komunis tercetus dalam masyarakat-masyarakat pertanian yang mundur seperti China. Banyak teorinya meleset dan dinamakan sebagai “sewenang-wenangan method” ( methodical arbit awareness).

*Azmina Nordin adalah seorang pelajar Sains Politik UKM, Ketua Gerakan PSYouth (Political Science Youth).


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s