Seputar Seminar Laclau Dan Mouffe

Sejak terbitnya buku ‘Hegemony and Socialist Strategy(HSS)’ , buku tersebut kini sudah menjadi kitab terpenting dalam wacana Pasca-Marxisme. Buku Mouffe dan Laclau tersebut telah mendatangkan kritikan-kritikan penting ke atas premis-premis fundamental marxisme klasik, terutama berkenaan dengan pendekatan konflik berasaskan kelas.

Mereka kemudiannya mendatangkan model antagonisme dalam masyarakat yang baharu, terinspirasi daripada tradisi pasca-strukturalis dan anti-essentialisme. Mouffe dan Laclau mengguna pakai konsep ‘Hegemoni’ sebagai dasar utama dalam projek teoretis dan politik mereka, serta memanfaatkan pandangan teoretis daripada Lacan, Derrida dan Foucault. Sepertimana Mouffe menyebutkan:

“Apabila kita berbicara soal hegemoni, terdapat dua aspek yang harus diperhatikan. Pertamanya adalah hegemoni dalam bentuk kontemporari, dan keduanya adalah hegemoni buat mereka yang terlibat dalam projek sosialisme.

Maka perlu diperjelaskan di sini bahawa HSS tentunya terkandung sisi pandang Gramsci, namun posisi yang diambil kami berdua juga harus diartikulasi- atau dilihat secara kontekstual- bersama penulisan-penulisan daripada Derrida, Lacan, dan apa yang umumnya dikenali sebagai pasca-strukturalisme.

HSS hadir antara kedua-duanya, dan hal inilah yang membuatkan HSS itu unik”

Kita akan menelusuri hujah-hujah yang terkandung dalam buku ini dengan lebih lanjut dalam Bengkel Pasca Marxisme sabtu ini. Anda boleh muat turun bukunya di sini: http://v3.ellieharrison.com/money/hegemony.pdf

Maklumat bengkel: Sabtu, 20th May 2016 (11:00AM – 5:00PM) di Projek Dialog

Sila isikan borang ringkas ini bagi mengesahkan tempat anda di Bengkel: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeYqnu7qmsMPePxGZAAA3GQnIbrkNHMbszSDdQp91bAjwJJ9g/viewform?usp=sf_link

Fb: https://www.facebook.com/events/131522194052656??ti=i


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s