KE MANA DENGAN ISLAM: 22 ARTIKEL PILIHAN [ULASAN BUKU]

Oleh: Alip Moose

Buku ini ditulis oleh Syed Hussein Alatas rahimahullah, seorang sosiolog Melayu. Buku ini memperihalkan fasal gerakan islam atau lebih khusus, partai politik di Malaysia, atau lebih tepat mengamati, mengulas, dan membahas parti-parti yang menggunakan islam sebagai wadah politik, khususnya PAS, dan juga UMNO (sekarang 2017, UMNO dan PAS tidur sekatil, walau kita tak tahu mereka berpelukan atau tidak)

Buku ini ditulis pada rentang waktu 1999-2002, dan ianya sebenarnya artikel-artikel didalam surat akhbar. Surat khabar Mingguan Malaysia dan juga lain-lain. 22 artikel didalam ini sebenarnya berkesinambungan, malah, ada juga debat-debat antara pemimpin dan ahli PAS dan Alatas.

Aku akan mengulas serba-sedikit buku atau artikel-artikel didalam ini dengan beberapa
artikel yang aku rasa relevan dikemukan, bukan semua artikel. Artikel pertama yang dimuatkan didalam ini dengan judul yang provokasi – bagi ahli PAS yang konservatif- dan juga boleh disebut menarik adalah NIK AZIZ JUGA BERSIFAT SEKULAR.

Dalam artikel pertama itu yang bertarikh 14 mac 1999, Alatas memberikan satu isu yang
dibangkitkan oleh Nik Aziz rahimahullah, terhadap Tun M. Beliau, Nik Aziz mengatakan
bahwa Tun M telah menyalahgunakan akal untuk sekular. Disini, penulis (Alatas) bukanlah membela Tun M (Alatas sendiri ada kritik Tun M didalam Siapa Salah? Dan Mitos Pribumi Malas) tetapi, memberikan pencerahan kepada istilah itu sendiri.

Sejak sekian lama, label sekular selalu disalah erti, maka didalam artikel itu, Alatas memberikan asal usul istilah sekular. Juga memberikan definisnya, dan memberikan contoh sekular pada kehidupan Nik Aziz sendiri, seperti contohnya ulama yang berpolitik, sebenarnya sebagian juga daripada sekular dan lain-lain lagi. Alatas juga sendiri mengakui bangga jika dituduh Sekular, katanya, “saya sendiri pernah dituduh sekular dan saya berasa bangga dianggap sekular kerana kita ditugaskan oleh Tuhan untuk hidup dalam dunia menuju ke akhirat. Jalan yang dilalui iaitu dunia tidak boleh dilupakan atau direndahkan”.

Kata Alatas benar, ianya tepat dan sabit atas Quran sendiri dalam surah al-baqarah ayat 201. Doa permohonan dimintai kebaikan di Dunia dan di Akhirat, dimulai dengan dunia dahulu maka barulah disudahi akhirat pula. Maka seorang mukmin itu adalah seorang sekular juga dalam erti yang positif, peribada saya.

Adapun artikel kedua yang aku fikir judulnya sahaja relevan sampai sekarang adalah yang berjudul PAS PERLU BANYAK BERFIKIR yang bertarikh 6 jun 1999. Artikel ini menyoalkan perihal Pas yang membuka ahli untuk orang bukan Islam, tetapi sekadar kelas kedua, bukan sama adil.

Alatas mengkritik dengan mengatakan ianya sekadar alat, alat untuk meraih pengundi, kenapa mereka – ahli yang tidak muslim dan bukan bangsa melayu- tidak diakui setaraf dengan anggota PAS yang lain? Dan kedua didalam artikel itu adalah perihal peranan
wanita didalam partinya itu.

Ketiga Artikel bertahun 3 jun 2001 yang berjudul NILAI MALU DAN MARUAH BANGSA. Disini Alatas menghuraikan malu dalam erti yang luas dan dalam, beliau ada membaca satu artikel didalam akhbar oleh Awang Sulung, dimana kekecewaan Awang terhadap masalah pendidikan Melayu di Malaysia. Alatas mengambil peluang dengan berbahas panjang perihal malu, malu yang beliau katakan sebagai malu jika pelajar, pensharah dan pemimpin sendiri yang tiada kekuatan berfikir dengan kritis dan kreatif. Bukannya semata-mata gred A –tanpa menafikan- tetapi yang lebih dasar dan penting adalah kemahiran berfikir dengan kritis dan kreatif itu.

Alatas juga ada memberikan pengalaman beliau seketika beberapa tahun dahulu, beliau sudah membahas hal ini dengan membawa contoh sharahan oleh Sayyid Jamaluddin
Al-Afghani rahimahullah sendiri di Calcutta. Juga didalam makalah ini beliau mengkritik sikap kebanyakkan pemimpin dan ahli UMNO yang menggunakan cara politik wang. Sekarang 2017, kita ketahui, memang politik wang seperti rasuah dan sebagainya memang adalah sebagian daripada adat politikus, sama ada kerajaan atau pembangkang.

Keempat adalah artikelnya berjudul CIRI-CIRI KEGANASAN FIKIRAN yang bertarikh 20 januari 2002. Artikel ini menyentuh perihal terorisme atau ekstremis, kerana pada tahun itu, momok atau propaganda barat perihal islam dikenakan keatas islam seperti jihadis –dalam erti negatif dan anti-islam-, terorisme dan ektremis dan sebagainya yang negatif. Alatas menerangkan ciri-ciri keganasan fikiran yang boleh sahaja membawa kepada apa yang telah terjadi seperti bom berani mati dan sebagainya.

Ciri-ciri keganasan fikiran menurut Alatas adalah sebagai berikut:

1. Pihak sendiri sahaja yang benar dan yang lain tidak perlu dihormati atau dianggap
penting;
2. Segala tindakan boleh diambil asal sahaja diperlukan untuk mendatangkan kepuasan;
3. Permusuhan dan sangka jahat atau tidak baik diterapkan kepada golongan luar pihak
sendiri;
4. Sifat estetik dan kehalusan moral dan pekerti tidak diendahkan dalam melaksanakan
tujuan atau menyatakan keinginan;
5. Segala bidang penghidupan dapat diserapi oleh keganasan fikiran, termasuk bidang
agama dan budaya.

Seterusnya Alatas menerangkan ia dengan contoh-contoh menurut isu semasa di Malaysia. Ini beberapa artikel yang saya ulas, didalamnya mempunyai 22 artikel mengenai isu semasa politik tanah air yang berorietasikan melayu-islam beliau (Alatas) bahaskan menurut timbang tara ilmu. Buku ini tidaklah dibahas dengan ilmiah seperti karya-karya monumental beliau yang lain, kerana ini adalah keratan-keratan atau artikel-artikel beliau di akhbar, membahas isu semasa politik tanah air dengan separa-ilmiah. Pun begitu direkomendasikan dibaca buku ini, untuk mengetahui sisi-sisi politik melayu-islam ditanah air kita ini pada waktu itu dan mengambil iktibar pada masani.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s