Confucius Guru Sepanjang Zaman

confuciustrailer

Oleh: Airul Idham

PENGENALAN FALSAFAH KUNGFU TZE (CONFUCIUS)

Falsafah China, terutamanya konfusisme sentiasa begitu prihatin dengan persoalan praktikal moral dan etika. Antara persoalan mudahnya ialah bagaimanakah sebenarnya seseorang itu perlu hidup untuk menguasai persekitaranya? Adakah dengan menyediakan kerajaan yang bersesuian atau mencapai keharmonian moral? Pusat kepada ajaran konfusisme adalah bahawa keharmonian moral individu secara langsung berkaitan dengan keharmonian kosmik; iaitu apa yang dilakukan, memberikan kesan kepada yang lain. Contohnya, keputusan institusi politik yang lemah boleh membawa kepada bencana alam seperti banjir. Selain itu juga antara contoh korelasi langsung antara fizikal dan moral dibuktikan dalam sebuah petikan kata:

  “…Heaven does not have two suns, people does not have two kings…” – petikan kata dari The Li Chi.

Idea daripada petikan di atas menerangkan bahawa hanya ada satu persekitaran kosmik, dimana hanya ada satu cara benar untuk hidup dan hanya ada satu sistem politik yang benar. Jika berlaku kegagalan dalam pembentukan sesebuah masyarakat, ianya mungkin berpunca kerana kitab suci dan ajaranya telah disalah tafsir. Hal ini demikian kerana teks suci itu senditi telah mengandungi the way of life, oleh itu kita sendiri yang perlu merungkai dan memahaminya dengan betul. Bertitik tolak daripada tugas sakral membina kebenaran ini muncul seorang tokoh falsafah China silam yang paling berpengaruh, dikenali sebagai Kungfu Tze, atau dikenali sebagai Confucianisme.

Nilai-nilai kemanusiaan dan keteraturan sosial yang mana akan membawa kepada keteraturan politik seterusnya kepada aspek-aspek kehidupan yang lain, merupakan teras utama dalam falsafahnya. Ajaran utamanya ialah nilai Tao dan Te dimana ia menjadi landasan asas dalam falsafah dan tradisi dalam kehidupan masyarakat Cina. Tao membawa makna cara hidup yang ideal dan juga ajaran-ajaran mengenainya manakala Te bermaksud kewibawaan kebijaksanaan untuk memahami dan mengamalkan Tao.

Confucius menganggap cara hidup dan bermasyarakat yang ideal itu adalah seperti mana yang telah diamalkan oleh masyarakat China sejak zaman-berzaman dahulu lagi. Beliau menerima sistem hirarki sosial yang wujud dalam masyrakat China silam namun beliau menghujahkan kelayakan utama bagi elit yang bakal menerajui pemerintahan dalam aspek moral yang unggul bukan sekadar perwarisan dari darah keturunan. Spektrum dalam asas falsafahnya adalah di mana kedua-dua pihak iaitu pemerintah dan rakyat haruslah mematuhi prinsip-prinsip yang unggul yang mudah diwariskan seperti prinsip Xiao/hsiao (ketaatan kepada ibu bapa), Yi (santun dan beradab), Jen/Ren (kasih sayang dan timbangrasa sesama insan), Li (adab sopan mengikut adat dan peraturan).

Pada pandangan beliau masyrakat dan negara yang harmoni mudah terbina apabila prinsip-prinsip ini diamalkan yang akhirnya mencapai tahap tertinggi iaitu Junzi/Chuan-Tzu (orang yang budiman) membolehkan mereka mengetuai tampok pimpinan.

 

LATAR BELAKANG CONFUCIUS

Confucius juga dikenali sebagai Confucius telah dilahirkan pada September 28 (551 BCE) dan akhirnya meninggalkan dunia di daerah Lung yang ketika ini dikenali sebagai daerah Shandong (Shantung) China. Nama asalnya ialah K’ung Ch’iu atau Kang Chung-ni.

Dalam kalangan arena falsafah dan juga pendidikan, beliau telah diberi pelbagai gelaran daripada kalangan anak didiknya antaranya ialah, ‘Grand Master Kung’ dipetik daripada namanya sendiri iaitu Tze, malah ada yang mengelarnya First Teacher serta Model Teacher For Thousand Years.

Mengikut tradisi beliau dikatakan lahir dan memiliki darah daripada kelas Shi iaitu hasil campuran keluarga daripada golongan aristokrat dengan warga biasa. Selain itu, Confucius merupakan keturunan yang mula membuka wilayah Lu yang hadir daripada kerabat diraja Duke Shang.

Bapanya iaitu Kang He juga merupakan pegawai pemerintah angkatan tentera wilayah Lu meninggal semasa beliau berumur tiga tahun dan kemudianya telah dibesarkan oleh ibunya, Yan Zheng Zhai dalam keadaan serba kekurangan dan kedaifan. Ciri seorang filasuf dalam dirinya sejak kecil telah ditonjolkan apabila beliau pada usia muda lagi telah menunjukkan minatnya dalam pendidikan malahan bercita-cita menjadi seorang mahaguru. Kecintaan beliau kepada ilmu begitu tinggi sehinggakan beliau sanggup melupakan jawatannya sebagai ketua polis di mahkamah daerah Lu dan menumpukan sepenuh masanya kepada pengajaran. Seterusnya, beliau telah mengembara ke beberapa buah negeri untuk menyebarkan ajaranya kepada raja serta pemerintah namun begitu idealismenya ditolak.

Keikhlasan, kejujuran dan keyakinannya yang tinggi telah berjaya menjadikan beliau sebagai seorang guru yang unggul. Keperibadianya yang baik, ramah serta mudah didekati dan berbudi tinggi disenangi oleh umum.

Seramai 3000 orang telah menjadi muridnya dan lebih daripada 70 orang dalam kalangan tersebut telah berjaya menjadi pemikir-pemikir besar dalam sejarah pemikiran. Akhirnya, pemikiran Confucius menjadi ideologi pemerintah Dinasti Han dalam abad ke-2.

Sebagai seorang ilmuan falsafah, pemikiranya telah dibukukan oleh anak muridnya yang telah mengembara hampir keseluruh wilayah yang pernah dikunjungi oleh Confucius untuk menyebarkan fahamanya. Namun begitu, para pengkaji-pengkaji menganggap hanya Lun Yu (Analekta/Analects) yang begitu hampir dengan buah fikiran serta ideanya. Lun Yu merupakan kumpulan nota-nota serta variasi kata-kata daripada Kungfu Tze yang disunting dan dibukukan oleh anak muridnya iaitu Chu Hsi.

 

IDEA POLITIK CONFUCIUS

Cara menjalani kehidupan yang ideal serta membentuk masyarakat ideal merupakan teras utama dalam idea falsafah politik Confucius. Ia merupakan cara penyelesaian terhadap masalah sosial dan politik, bukan sahaja yang wujud pada zamannya, malah juga secara am. Prinsip Keutamaan atau principle of priority adalah antara salah satu prinsip daripada prinsip utama dalam ajarannya. Contohnya, dari segi moral, amalan kesopanan mestilah diutamakan daripada keinginan mendapat untung, nilai-nilai di dalam diri perlulah diutamakan sebelum membentuk kebendaan.

Selain itu, beliau menekankan bahawa manusia ini tidak wujud atas dasar keindividuanya seperti yang dinyatakan dalam falsafah politik liberal. Alirannya, bukan hendak menidakkan keindividuan seseorang itu, yang dimaksudkanya adalah setiap manusia itu hidup dalam kelompok-kelompok yang pada dasar utamanya ialah keluarga, sebelum membentuk ke arah suatu yang lebih besar iaitu masyarakat seterusnya negara. Hal ini demikian kerana dalam hukum sosial, individu saling berinteraksi dengan individu lain dalam pelbagai bentuk hubungan sosial yang memerlukan tata kesopanan membentuk identiti sebagai anggota kelompok dalam komuniti dan mematuhi peraturan secara turun-temurun.

Dengan itu jelas menerangkan bahawa falsafah Confucius menekankan proses mengenali diri dan proses sosialisasi adalah daripada aspek kehidupan manusia yang saling mempengaruhi.

…When the personal life is cultivated, the family will be regulated; when the family is regulated, the state will be in order, when the state is in order, there will bee peace throughout the world. From the sun of Heaven down to the common people, all must regard cultivation of the personal life as the root of foundation...” – The Great Learning.

 

Falsafah Jen

Teras utama dalam Confuciusnisme ialah Jen (Ren) yang bermaksud kemanusiaan, perikemanusiaan dan kasih sayang juga banyak diperkatakan berulang-kali dalam Lun Yu.

Sifat prihatin sesama manusia yang diterangkan Kungfu Tze dikatakan hasil daripada a kind of moral insight yang wujud secara semulajadi dalam diri manusia dibantu oleh deria pancaindera. Ia membezakan “manusia” dengan hidupan lain dan dikatakan yang terunggul serta perlulah dicapai manusia. Pemerintahan yang dijalankan perlulah berdasarkan Jen dan pemerintah sendiri perlu menjadi contoh utama beramal dengan konsep Jen.

 

Falsafah Li

Membawa maksud adat istiadat, resam dan perlakuan yang tidak melanggar norma masyarakat. Dipermudahkan lagi maknanya sebagai bentuk perangai atau perlakuan yang dianggap sopan dan beradab dalam semua bentuk interaksi sosial.

Mengamalkan Li adalah satu cara ke arah mencapai Jen (Ren). Kungfu Tze menerangkan bahawa Li adalah satu set nilai dan prinsip yang diajar oleh pendeta terawal silam untuk menghasilkan masyrakat yang teratur dan harmoni.

Menurut Kungfu Tze:

“…Menahan keinginan diri sendiri supaya semua percakapan dan tindakan sesuai dengan adat (Li); itulah perikemanusiaan (Jen). Sekali kita melakukan seperti ini, semua yang dibawah langit akan memuji kita sebagai manusia yang berperikemanusiaan…” -Lun Yu.

 

Falsafah Xiao

Bermaksud ketaatan kepada ibu bapa.

Menurut beliau, individu yang mentaati ibu dan menghormati saudaranya jarang melanggar perintah ketua atau pemerintahnya.

Selain itu juga ketaatan tersebut akan melahirkan seorang anggota masyrakat yang jujur dan mnejadi asas perlakuan seseorang itu di dalam masyarakat yang lebih luas.

Confucius berkata:

“Pada masa ini, maksud ketaatan sudah memadai dirujuk pada seseorang yang dapat memelihara ibubapa. Namun anjing dan kuda pun dipelihara. Sekiranya kita tidak dapat taat hormat pada ibu bapa dengan sepenuhnya, bagaimana kita dapat membezakan antara memelihara ibubapa dengan memelihara anjing dan kuda”.

 

Falsafah Yi

Konsep ini pula membawa maksud pendirian yang benar, kesantunan dan keperibadian yang wajar. Prinsip ini menentukan pilihan Li yang terbaik bagi satu-satu situasi.

Contohnya, seseorang itu bersifat taat, merendah diri di depan ibu bapa dan individu yang sama juga akan meneruskan ajaran tersebut kepada generasinya akan datang.

 

Falsafah Chun Tzu

Membawa maksud seseorang itu telah mencapai tahap terunggul, dimana budiman tersebut berjaya melaksanakan dan mengamalkan konsep-konsep terpuji yang diajarkan. Menurut amalan ini, budiman dikatakan telah memahami keadilan sedangkan yang jahil hanya memahami keuntungan serta berkemampuan untuk membetulkan komuniti supaya kesemuanya dapat diselaraskan dengan prinsip-prinsip asas demi kebaikan semua. Confucius juga menjelaskan bahawa sememangnya wujud budiman yang tidak berperikemanusiaan akan tetapi diakalangan orang yang jahil tidak ada yang berperikemanusiaan.

Confucius berkata:

“… empat jenis kelakuan yang memperlihatkan sikap orang yang budiman. Dia sendiri bersikap tegas dan berwajah serius dan terhormat; dia bersikap benar dan bertanggungjawab terhadap raja; dia mengajar (mendidik) rakyat supaya berkasih sayang; dia mahu rakyat menerima dengan alasan munasabah…”.

 

PENDIDIKAN MENURUT CONFUCIUS

Sudah menjadi norma penting bagi seorang philosopher-king dalam menerapkan persekitarannya dengan ilmu, begitu juga Confucius amat mementingkan pendidikan. Hal ini demikian, dibuktikan apabila pendidikan moral telah dimulakan di peringkat keluarga.

Ia telah menjadi persediaan asas dalam kalangan masyarakat, mempersiapkan individu dengan mengajarkan konsep-konsep asas yang disanjung dalam diri bagi membentuk masyarakat yang teratur.

Bagi menjadi seorang Junzi/Chun tzu iaitu budiman, seseorang itu perlulah menguasai Li dan Ren yang dikatakan mempunyai means-ends relation di mana ia menjadi satu alat ke arah pencapaian masyarakat yang ideal.

Menguasai Jen/Ren dengan berpaksikan prinsip Li mestilah dicapai dengan menghayati Xiao/Hsio atau ketaatan kepada ibu bapa serta Di/Ti atau kasih sayang dengan menghormati saudara yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda. Konsep ini dilihatkan sebagai asas kepada Jen.

Selain itu juga dalam struktur pendidikan, Confucius juga ada menerangkan tentang pentingnya seorang guru itu malah ciri-ciri yang perlu ada dalam nurani seorang guru. Salah satunya adalah seorang guru itu perlu mencintai atau menyayangi semua dan mencurahkan khidmatnya tanpa sebarang diskriminasi terhadap hak individu memperolehi pendidikan. Sebagai seorang guru iaitu pendidik, pelatih atau tenaga pengajar, Confucius meletakkan kepercayaanya bagi golongan ini untuk mencapai satu pencapaian, mereka perlulah mencintai dan menyayangi anak muridnya. Dimana mereka ini perlu mengenali mereka secara peribadi, memahami keperluan psikologi mereka, serta mencurahkan ilmu dengan mengkaji dan menyediakan metodologi yang termudah agar mereka boleh mengakses kepada ilmu itu dengan mudah.

Hal ini demikian kerana seoarang guru itu perlulah memiliki hati yang menyayangi, dan dengan berbuat demikian corak didikan dan pengamalan budaya ilmu kepada anak murid itu lebih mudah diterapkan disebabkan oleh keikhlasan yang timbul hasil daripada sifat menyayangi tersebut. Bagi Confucius, untuk mencintai sesuatu itu lebih mudah daripada ingin mengetahui tentangya dan untuk mencari keseronokkan dalamnya adalah lebih mudah dengan mencintainya, di mana sesuatu yang dimaksudkan itu adalah anak didik.

 

PEMERINTAH MENURUT CONFUCIUS

Melalui pengenalan ajaran moral sejak usia kecil lagi membuktikan bahawa pokok perbincangan utama Confucius adalah melahirkan suatu pemerintahan yang terbaik. Walaubagaimanapun falsafah dan ideanya tidak ada menyentuh tentang kerajaan mahupun kerajaan berperwakilan di mana menerangkan peranan badan legislatif yang kompleks atau bagaimana penguasaan satu sistem perundangan itu secara khusus.

Hal ini demikian kerana, Confucius berpendapat rakyat berupaya dibimbing dengan memberi contoh teladan yang baik kerana sifat semula jadi manusia (hsing) adalah baik. Dengan itu, dengan melakukan lantikan seorang raja yang bijaksana sudah memadai untuk menghasilkan sebuah masyarakat dan negara yang ideal. Selain itu, menurutnya, dengan mengusai rakyat melalaui sistem perundangan dan pelaksanaanya haruslah merupakan pilihan terakhir. Baginya ini bukan suatu pemerintahan raja yang bijaksana.

Confucius berkata:

“…jika pemimpin menyukai peradaban, rakyat tidak akan berani untuk tidak menghormati. Jika pemimpin menjalankan kerja dengan jujur, tidak ada rakyat yang tidak mengikut perintah. Jika pemimpin jujur, tidak ada rakyat yang tidak bercakap benar. Sekiranya seseorang pemimpin tidak dapat melaksanakan tugasnya hingga ke peringkat ini, rakyat dari empat penjuru alam akan mendukung anak datang mengikutnya…”.

 

KESAN PEMIKIRAN CONFUCIUS

Confucianisme secara kesimpulannya dapat diselaraskan dan tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip menjalani hidup yang baik.

Malah Confucius sendiri memperkenalkan ajaran ini kepada anak muridnya sebagai sebuah simbol atau ilmu untuk menjalani kehidupan dengan beramal baik dengan individu dalam persekitaran mereka dan bukan mengangkatnya sebagai sebuah agama. Dengan mempromosikan ajaran Confucius berteraskan konsep Jen dimana penekanan terhadap perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan juga kepentingan harga diri.

Pengamalan teras tersebut dalam kehidupan boleh dicapai dengan lima elemen kebaikan iaitu budi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik. Ia pada dasarnya, dapat kita lihat sendiri bahawa ia tidaklah seberat ajaran falsafah lain kerana ia begitu dekat dengan ciri kehidupan sosial masyarakat dan masyarakat juga dilihatkan mudah untuk menerima serta menerapkanya dalam kehidupan. Selain itu, konsep Li atau rukun bangsa yang diperkenalkanya telah membawa masyarakat pada ketika itu ke tahap pembinaan perhubungan sosial yang terbaik sekali dan menerbitkan keamanan dan kepatuhan rakyat kepada negara.

Hal ini demikian kerana teras perhubungan yang baik yang diselaraskan oleh Confucius amatlah bersesuaian sekali dengan norma semula jadi perhubungan yang baik yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan isteri, saudara dengan saudara dan sesama rakan.

Menurut beliau, setiap individu mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pihak lain diamana akhirnya pengamalan tersebut menunjukkan kejayaan jika setiap tanggungjawab tersebut dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan harmoni. Kejayaan Confucius ini dalam penerapan budaya menganggap negara sebagai sebuah keluarga merupakan sebuah resepi asas menyatukan masyarakat cina pada hari ini dimana telah menanamkan nilai patriotisme yang tinggi dalam kalangan rakyatnya sepertimana mana yang dilihatkan China pada hari ini.

Dari segi politik pula, pengamalan konsep taat setia kepada pemerintah kerajaan telah menghasilkan sebuah masyarakat yang patuh terhadap perbezaan darjat dimana wujudya perjuangan hierarki dalam sistem pentadbiran. Walaupun ia tidaklah menepati konsep egelitarian barat dimana kesamarataan itu mempunyai hak dan peluang yang sama sepertimana dahulunya konsep pengkhususan peranan sesetengah golongan itu berlaku, pada hari ini masyarakat China yang moden masih meneruskan konsep hierarki tersebut.

Senario tersebut yang dibawa Confucius akhirnya menyebabkan sosiopolitk China pada hari ini lebih menyanjung hierarki dan perbezaan status ini daripada barat yang lebih terbuka terhadap orang asing merapuhkan status quo mereka mudah diceroboh. Pembudayaan seperti ini telah melahirkan pemerintahan kerajaan China yang bertadbirkan arus yang tegas, cekap dan sistematik.

 

*Airul Idham adalah seorang pelajar Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s