Bengkel Perihal Ideologi Althusser

Dikendali oleh: Sadiq Jebat

MENGENAI BENGKEL
Althusser dilihat sebagai seorang tokoh yang memecahbelahkan pemikiran marxisme, ini kerana polemik beliau dengan ramai tokoh humanis marxisme di Perancis pada waktu itu menyebabkan idea beliau ditelaah dengan lebih mendalam.

Althusser menggagaskan idea tentang ‘marxisme yang bersifat saintifik’ bukan ‘marxisme yang subjektif/humanis’- satu tindakkan meletakkan marxisme sebagai sebuah falsafah teleologikal sesekali ditolak keras oleh Althusser. Falsafah beliau berkembang daripada seorang yang menganut Hegelian sehingga menjadi seorang yang menolak habis idealisme hegelian.

Rintisnya, kajian beliau ini bersifat mencari makna sebenar dalam marxisme, bukan membina satu falsafah baru dalam marxisme oleh sebab itu menjadi satu klausa penting dalam marxisme menurut Althusser untuk menolak pemikiran Marx-Muda dan menerima Marx-Tua yang dianggap beliau itulah marxisme yang ingin dibawa Karl Marx dan Engels.

Pembincangan ini akan menumpukan kepada perkembangan pemikiran beliau bermula daripada seorang Hegelian dan beralih arah kepada seorang ‘marxisme saintifik sejati’- menerima thesis Lenin dalam tanggapan beliau terhadap idealogi.

Selain itu, pembincangan ini juga akan melihat kepada perbezaan maksud ‘idealogi’ dan efek ideologi kepada budaya serta tanggapan dan gagasan idealogi yang dibawa oleh Althusser.

MAKLUMAT LANJUT
Tarikh: Sabtu, 22 Julai 2017
Masa: 10.30am (Pendaftaran) – 4.00pm
Tempat: Projek Dialog, D5-8-2, Jalan PJU 1a/46, Pusat • Perdagangan Dana 1, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

LINK PENDAFTARAN (untuk kami banci)
https://docs.google.com/forms/u/0/d/e/1FAIpQLScmyoUXZr3mbyFHv2BZax732EQBMva49OYhUpMkOA9aM9Dgsg/viewform?usp=sf_link

Main reading:
1. For Marx, Chapter 1 (Wajib).

2. On the Reproduction of Capitalism, Chapter 1, 2, 4, 6.

3. Althusser and the Renewal of Marxist Social Theory, Chapter 4.

Supplementary Reading:

1. Althusser and the Theory of Idealogy, Paul Q. Hirst. [Journal]

2. Althusser’s Object, Etienne Balibar [Journal]

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s