Revolusi Politik Beruk

Oleh : Abdul Muiz

Baru-baru ini berkesempatan menonton filem War For The Planet of The Apes (2017) di pawagam. Filem ini adalah sambungan kepada dua filem sebelum ini iaitu The Rise The Planet of The Apes (2011) dan Dawn of The Planet of The Apes (2014). Pada filem pertama mengisahkan Caesar (lakonan Andy Serkis)  anak kera hidup dengan Dr Will Roodman (lakonan James Franco) setelah ibunya ditembak mati di makmal perubatan. Ibu Caesar sebelum ini telah dijadikan bahan uji kaji untuk menguji ubat ALZ-112mencari penawar kepada penyakit Alzheimer.

Hasil ubat diberikan, menjadikan kera tersebut bijak. Sepanjang dalam jagaan Dr Will, Caesar menjadi kera yang jinak dan riang. Namun, apabila meningkat dewasa, Caesar mula menjadi agresif dan ganas. Kemudian Caesar ditempatkan di pusat perlindungan haiwan. Di situ dia tinggal bersama dengan makhluk yang sespesisnya dengannya. Pada mulanya dia dibuli oleh Rocket yang menjadi ketua di situ.

Pada masa yang sama seorang pengawal disitu sering menderanya. Akhirnya dia mencuri ubat Dr Will di rumah dan digunakan kepada beruk-beruk lain. Hasilnya mereka semua menjadi pintar dan melakukan revolusi. Caesar menjadi pemimpin kepada masyarakat beruk ini.  

Filem Dawn Planet of The Apes adalah sekuel kepada filem The Rise Planet of The Apes. Filem kedua ini pula setelah ubat ALZ-112 atau Selesama Semian merebak, masyarakat manusia hidup huru-hara dan masyarakat beruk hidup di wilayah mereka. Penempatan manusia sudah musnah. Manusia perlukan elektrik dan air.

Oleh itu, Kumpulan manusia diketuai Malcom (lakonan Jason Clarke) mahu menggunakan janakuasa empangan hidroelektrik yang terletak dikawasan yang didiami oleh masyarakat beruk. Caesar berkompromi dan membenarkan manusia menggunakan empangan itu.

Koba rakan kanan Caesar tidak bersetuju bila Caesar membenarkan sekumpulan manusia berada di wilayah mereka untuk kerja-kerja pemulihan janakuasa. Koba berdendam dengan manusia kerana dia pernah diseksa oleh manusia ketika dalam kurungan.  Akibat dendam melampau, Koba dan konco-konconya merampas senjata dari manusia dan menembak Caesar.

Kemudian, dia menyalahkan manusia yang tembak Caesar. Masyarakat beruk telah memulakan peperangan terhadap manusia disebabkan konspirasi yang dibuat oleh Koba. Beruk-beruk terpengaruh dengan hasutan Koba bahawa manusia yang memusnahkan tempat mereka. Masyarakat beruk mengikut Koba sebagai ketua. Caesar masih hidup meskipun ditembak.

Dia diselamatkan oleh Malcom dan rakan-rakannya. Setelah sembuh, Caesar dan Koba berlawan di atas menara bangunan. Sementara itu, teman-teman Malcom sedang memasang bom untuk meletupkan beruk-beruk yang ada di menara itu. Malcom turut serta dalam rancangan letupan bom itu tetapi memilih untuk menyuruh kawan-kawanya menghentikan perancangan itu kerana mahu memberi peluang kepada Caesar untuk memperbetulkan keadaan.

Salah seorang kawan Malcom iaitu Dreyfus (lakonan Gary Oldman) tetap memetik picu bom walaupun ditegah oleh Malcom. Malcom sempat menyelamatkan diri. Letupan bom itu menyebabkan pertarungan antara Koba dan Caesar terganggu. Koba mengambil peluang menyerang Caesar dengan senapang.

Beberapa beruk mati ditembak dalam pergelutan itu. Caesar akhirnya menyerang secara meluru dan Koba tertolak hingga ke lubang gaung menara itu. Koba berpaut di batang besi yang bawahnya beribu-ribu kaki dari tanah.

Caesar menghulurkan tangan untuk sambut Koba dari terjatuh. Ketika menyambut tangan Koba, Caesar melihat beruk-beruk sekeliling yang cedera dan mati akibat tembakan rambang Koba. Akhirnya Caesar melepaskan tangannya daripada menyambut Koba. Pengakhiran cerita, geng beruk bersedia berperang dengan geng manusia yang telah dimulakan oleh Koba.

Filem sekuel ketiga ini iaitu War for The Planet of The Apes mengisahkan Caesar berjuang untuk melindungi spesisnya daripada dibunuh oleh manusia (baca: tentera). Peperangan terhadap manusia telah dimulakan oleh Koba, bekas rakan kanan Caesar yang melakukan kudeta. Kolonel (lakonan Woody Warrelson) yang mengetuai organisasi paramiliter yang dikenali sebagai Alpha-Omega untuk menghapuskan semua spesis beruk ini. Caesar mahu menuntut bela atas kematian isteri dan anaknya yang dibunuh oleh Kolonel.

Artikel ini tidak akan menceritakan keseluruhan naratif filem War For The Planets of The Apes kerana beranggapan mungkin ada sebahagian rakyat Malaysia belum menonton filem ini dan boleh menjadi spoiler. Perkara yang dapat ditekankan dalam filem ini adalah bagaimana Caesar bermain politik.

Daripada menjadi binatang bijak dan jinak kemudian memimpin revolusi dan membebaskan beruk-beruk dari perhambaan dan kezaliman manusia. Caesar pemimpin yang cuba mengelak berlakunya perang demi kelangsungan spesisnya.

Perkara yang dialami dan dihadapi oleh Caesar sama seperti yang dihadapi oleh manusia. Kekecewaaan, penindasan, kezaliman, perhambaan, pengorbanan dan pengkhianatan. Caesar mengajar betapa pentingnya perpaduan dan kesatuan.

Apes together strong!

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s