Atheisme dan pelbagai isme: Persoalan akidah, pemikiran dan Ilmu Kalam

(NARATIF NUSANTARA SIRI 17)

Oleh : Dr Amran Muhammad

Bila Armin Navabi seorang anak muda kelahiran Iran-Amerika hebat mempromosikan ‘Atheist Republic’ beliau sehingga memperolehi 1.7 juta pengikut kita menjadi gusar. Armin yang Republik ciptaan beliau kini menjadi hub utama pergerakan Atheisme global juga menulis buku mengenai Atheisme yang paling laris di Amazon berjudul ‘Why There is no God: Simple Responses to 20 Common Arguments for the Existence of God’ iaitu ‘Mengapa Tiada Tuhan: Jawapan mudah bagi 20 hujah-hujah yang selalu digunakan mengenai kewujudan Tuhan’. Armin bagaimanapun tidak keseorangan dalam usaha-usaha mempromosikan Atheisme ketika ini.

Ayaan Hirsi Ali, ahli politik wanita Belanda kelahiran Somalia lebih awal terkenal dengan buku-buku beliau seperti ‘The Caged Virgin: An Emancipation for Women and Islam’ iaitu ‘Dara dalam sangkar: Pembebasan untuk wanita dan Islam’. Begitu juga buku-buku ‘Infidel: My Life’ (Menjadi Kufur: Kehidupanku) dan ‘Nomad: From Islam to America’ dan juga ‘Heretic: Why Islam Needs a Reformation’(Kesesatan: Mengapa Islam Memerlukan Reformasi). Begitu juga halnya dengan Ali A Rizvi seorang doktor perubatan Kanada kelahiran Pakistan yang menulis buku ‘The Atheist Muslim: A Journey from Religion to Reason’ (Muslim Atheis: Perjalanan dari Agama Menuju Akal Rasional).

Selain dari Armin, Ayaan dan Ali selaku promoter utama gerakan mantan Muslim – Atheis ini, Ibn Warraq adalah seorang sarjana British kelahiran India yang sangat terlibat dalam dunia keilmuan mempromosikan Atheisme melalui buku-buku beliau seperti ‘Why I am Not a Muslim’ (Mengapa saya bukan seorang Islam), ‘The Origins of the Koran: Classic Essay’s on Islam’s Holy Book’ (Asal-Usul Al-Qur’an: Esei Klasik tentang Kitab Suci Islam), ‘The Quest for the Historical Muhammad’ (Pencarian Mengenai Pensejarahan Nabi Muhammad SAW), dan ‘Leaving Islam: Apostates Speak Out’ (Meninggalkan Islam: Para Murtad Berbicara).

Armin, Ayaan, Ali dan Ibn Warraq sekadar mewakili sebahagian kecil dari ramai umat Islam yang secara terang-terang mengaku mereka sebagai ex-muslims atau mantan orang-orang Islam dengan menganut faham dan ideologi Atheisme. Mereka bukan sahaja dengan berani dan terbuka mengkritik ajaran-ajaran pokok Agama Islam tetapi juga mengajak dan mempengaruhi lebih ramai umat Islam untuk mengikuti jejak-langkah mereka. Dalam dunia sosial media yang dipacu oleh teknologi maklumat dan era globalisasi yang dipandu oleh ideologi kapitalis liberal tanpa sempadan sangat sukar untuk dibayangkan keupayaan sekatan dan larangan undang-undang negara semata-mata dapat mencegah penyebaran idea-idea Atheisme ini dari menyerap masuk ke dalam jiwa dan diri masyarakat Islam tanpa mereka sendiri mempersiapkan ketahanan dan kemantapan pegangan keimanan diri masing-masing.

Bahkan umat Islam kini bukan sahaja sedang berdepan dengan bahaya popular terkini Atheisme tetapi mereka juga sedang bergelut dengan kemunculan Pascamodenisme, Liberalisme, Anarkisme, Relativisme, Humanrightisme; kemunculan semula Marxisme, Sosialisme dan Komunisme; selain dari ideologi lama seperti Sekularisme, Positivisme dan Materialisme. Dengan satu demi satu isme-isme yang muncul yang mengancam dan menyerang pegangan akidah dan pemikiran mereka, persoalannya apakah persediaan keilmuan yang ada pada para ulama, sarjana dan umat Islam dalam menghadapi cabaran-cabaran akidah dan pemikiran ini?

Sebagai permulaan sangat perlu diketahui kemunculan isme-isme yang sedang merasuk masuk kedalam jiwa dan nurani sebahagian umat Islam khususnya generasi muda bukanlah persoalan yang boleh ditanggapi secara tuntas melalui kaedah atau pendekatan Perundangan, Syariah, Fekah dan Hadis. Yang pasti persoalan isme-isme ini dalam tradisi keilmuan Islam ditangani dalam Ilmu Akidah, Usuluddin dan Ilmu Kalam kerana ia sangat berkait langsung dengan persoalan akidah, pemikiran dan pegangan kehidupan. Segala isme-isme ini tidak mewakili secara langsung persoalan amaliyyah atau muamalah yang biasanya ditanggap oleh disiplin ilmu undang-undang, syariah, fekah dan hadis tetapi sebaliknya sangat berkaitkan rapat dengan persoalan akidah dan akliah yang menjadi pokok perbahasan ilmu akidah, usuluddin dan ilmu Kalam.

Para ulama, sarjana dan umat Islam harus menerima hakikat bahawa permasalah akidah dan pemikiran umat Islam yang senang terjebak dan dipengaruhi oleh isme-isme baru ini adalah berkait-rapat dengan kemerosotan pengajian dan pendidikan akidah, usuluddin dan Ilmu Kalam dalam dunia umat Islam sama ada diperingkat formal atau tidak formal. Malah disiplin ilmu akidah, usuluddin dan Ilmu Kalam tidak lagi dapat menarik minat para pelajar berbanding denga ilmu-ilmu undang-undang, syariah, muamalah, fekah dan hadis. Akibat dari kurangnya perhatian terhadap disiplin ilmu yang berupaya memelihara dan mempertahankan akidah dan pemikiran umat, maka dengan mudahnya akal-minda dan jiwa-nurani umat digugah dengan kedatangan isme-isme ini.

Pembinaan, penyegaran dan penyuburan semula ekologi pengajian dan pendidikan disiplin ilmu akidah, usuluddin dan ilmu Kalam adalah langkah paling tepat dan terbaik bagi umat Islam untuk menghadapi cabaran, serangan dan ancaman isme-isme yang pelbagai. Sayang sekali para sarjana, ulama dan umat Islam telah mengabaikan tradisi keilmuan akidah, usuluddin dan ilmu Kalam yang sangat mantap yang telah terbukti menumpaskan pelbagai isme-isme seperti muktazilisme, batinisme, khawarijisme, dahrisme, jabarisme, qadarisme, musjassamisme dan pelbagai lagi isme-isme yang datang dari dalam dan luar Islam. Tradisi keilmuan yang mantap menggabungkan antara kaedah naqli dan akli dalam memperjelaskan dan merungkaikan persoalan keimanan dan tauhid ini tidak lagi menjadi pendekatan yang digunakan dirata-rata institusi pengajian dan pendidikan akidah dan pemikira Islam.

Sudah sampai masanya ekologi pengajian dan pendidikan Ilmu Akidah, Ilmu Usuluddin dan Ilmu Kalam tradisi yang mengambil kira perkembangan ilmu-ilmu dan pemikiran kontemporari dihidupkan dan dilaksanakan semula secara formal dan informal dalam sistem dan dunia pengajian dan pendidikan Islam berdasarkan tradisi akidah dan pemikiran yang satu ketika dahulu menjadi benteng utama umat Islam dalam menghadapi ancaman dan serangan isme-isme baru sekaligus memperkukuh dan memantapkan akidah dan pemikiran Islam mereka yang sedia ada.

(NARATIF NUSANTARA ialah sebahagian dari PROGRAM KALAM STRATEGIK ISSI bertujuan membina masyarakat dunia yang menikmati keamanan, rahmah dan barakah melalui tradisi keilmuan, kerohanian dan ketamadunan Islam)


One thought on “Atheisme dan pelbagai isme: Persoalan akidah, pemikiran dan Ilmu Kalam

  1. Apa yang dapat dilihat, sarjana2 islam(bukan imam mujtahid) di dalam bidang akidah, usuluddin dan ilmu kalam banyak berdebat sesama sendiri. Boleh dikatakan penuh dengan tuduhan kafir mengkafir sesama sendiri tiada masa untuk berhujah dengan golongan yg memiliki fahaman isme2.

    Mantan muslim yg mempelopori isme2 ini mungkin kefahaman tidak menyeluruh dan permasaalahan mereka2 ini tidak memperolehi jawapan yang tepat. Ikutilah pengajian RAHSIA AGAMA dari kitab Hujjatullah Al Balighah karangan Syah Waliullah Ad Dihlawi

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s