FALSAFAH DAN HIKMAH

Oleh : Wan Ji Wan Hussain

Falsafah diterjemah sebagai kecintaan kepada kebijaksanaan. Hikmah pula, ditafsirkan sebagai kebijaksanaan.

Dalam al-Quran, dinyatakan peranan para Nabi itu adalah;

  1. Membaca Ayat-ayat Allah
  2. Mengajar al-Kitab.
  3. Mengajar al-hikmah.
  4. Proses penyucian jiwa.

Al-Baqarah:129 – “Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

Dalam falsafah, perkara penting adalah memahami hakikat sesuatu perkara. Perkara yang mahu difahami secara hakikat itu pada dua perkara;

  1. Kebenaran
  2. Kebaikan.

KEBENARAN

Kebenaran adalah pengetahuan terhadap hakikat sesuatu. Contoh, untuk mengetahui hakikat gula itu manis, proses untuk mengetahuinya dengan meletakkan gula itu pada lidah, bukan dengan tapak tangan. Walaupun tapak tangan ada sifat “rasa”, tetapi “rasa” ada pada tapak tangan tidak mengetahui hakikat manis gula. Hakikat manis gula dapat diketahui melalui lidah.

Berfalsafah dalam mencari hakikat kebenaran selalu dibincang dalam ilmu aqidah atau teologi dan tasawwuf atau irfan. Teologi atau aqidah adalah proses mengenali hakikat kebenaran Tuhan maha benar menerusi akal, sedangkan dalam tasawwuf atau irfan adalah proses mengenali kebenaran Tuhan yang maha benar menggunakan hati dan jiwa.

KEBAIKAN

Kebaikan pula adalah mengetahui hakikat  perbuatan. Ini kerana, perbuatan akan menghasilkan baik atau buruk.

Contoh, mencuri itu dianggap sebagai buruk, dan bersedekah itu dianggap sebagai baik. Walaupun manusia tahu bahawa mencuri itu buruk dan bersedekah itu baik, tetapi manusia masih lagi kabur penentuan bagi buruknya mencuri dan baiknya bersedekah.

Ada pihak mengatakan bahawa penentuan baik dan buruk itu adalah perasaan manusia; ada kata persepsi; ada kata kepentingan; ada kata uruf; ada kata keinginan manusia; ada kata keinginan mahu berkuasa dan banyak lagi pandangan. (Insya Allah, dalam perbincangan akan datang)

BAIK vs BENAR

Antara kebaikan dan kebenaran, ia perlu dilihat dalam beberapa kerangka;

(A). Ada perkara itu adalah baik, tetapi tidak semestinya benar.

(B). Ada perkara itu adalah baik dan semestinya benar.

Bagi kerangka (B), Ia sering terjadi dan berlaku.  Namun, bagi kerangka (A), ia jarang berlaku dan kadangkala dianggap sebagai perlu.

Ia dimisalkan Seperti seorang bapa yang terlalu sayangkan anak. Anaknya yang belajar di luar negara telah kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian. Ketika rakan anaknya telefon kepada si bapa untuk memberi makluman tentang anaknya yang meninggal, si bapa baru sahaja keluar dari IJN ekoran sakit jantung. Ketika itu, rakan si anak ada dua pilihan;

  1. Berkata benar dan si bapa meninggal dunia kerana terkejut dengan berita tersebut.
  2. Tidak berkata benar buat sementara waktu, dan si bapa tadi terus hidup. Dan disampaikan berita benar pada waktu yang sesuai.

Demi kebaikan di bapa, sudah pasti pilihan ke – 2 yang dipilih. Malahan, secara dasarnya pilihan ke-2 ini secara falsafahnya pernah tersebut dalam hadis, bahawa Nabi saw ada bersabda, tidak halal berbohong kecuali tiga perkara; berbohong dalam peperangan, berbohong untuk membaikkan antara pihak yang bergaduh dan berbohong di suami untuk mengembirakan si isteri.

Wallahu A’lam.

 

 


One thought on “FALSAFAH DAN HIKMAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s